Kematian guru Hulu Selangor: Polis tidak temui unsur tekanan setakat ini

27 Aug 2026 • 4:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kematian guru Hulu Selangor: Polis tidak temui unsur tekanan setakat ini

SHAH ALAM, 27 OGOS: Siasatan berhubung kematian seorang guru wanita di sebuah sekolah di Hulu Selangor setakat ini tidak menemukan sebarang bukti yang mengaitkan insiden itu dengan unsur tekanan.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan terperinci yang dijalankan menerusi rakaman keterangan daripada pelbagai pihak termasuk ahli keluarga, rakan sekerja dan pelajar mendapati mangsa berada dalam keadaan baik sebelum insiden berkenaan.

“Bagaimanapun, kes ini masih disiasat di bawah laporan mati mengejut dan pihak polis sedang berusaha mengumpul keterangan lain sebelum merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya berserta cadangan tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Beliau berkata wanita itu telah beberapa tahun berkhidmat sebagai guru namun baru berpindah dan bertugas di sekolah berkenaan tidak sampai setahun.

Selain itu, polis belum menemukan sebarang petunjuk atau masalah peribadi yang mempunyai kaitan dengan kematian mangsa.

Pada 30 Julai lepas, wanita itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sekolah berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Baharu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved