‘Kami kini hanya berkurung di rumah’

LocalEnvironment
26 Sep 2026 • 8:09 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Kami kini hanya berkurung di rumah’

SUNGAI SIPUT: Lebih 400 penduduk Kampung Takong, Pos Perwor di sini kini hidup dalam kebimbangan selepas seorang penduduk maut diserang harimau belang, Isnin lalu.

Tok Batin Kampung Takong, Ali Long, 54, berkata, penduduk kini secara bergilir-gilir berka­wal dari malam sehingga pagi bagi mengelakkan berlakunya lagi serangan haiwan liar itu.

“Berdasarkan kesan tapak kaki yang ditemukan di lokasi kejadian, kami percaya haiwan itu adalah harimau dewasa. Sebelum ini kami tidak pernah melihat harimau di kawasan ini atau kawasan berdekatan. Sekarang kami risau hendak keluar rumah, apatah lagi masuk ke hutan untuk mencari rotan atau buluh.

“Sejak kejadian itu, boleh dikatakan penduduk mula berkurung di dalam rumah sebaik sahaja pukul 6 petang kerana bimbangkan keselamatan masing-masing” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Sabri, 50, berkata, penduduk kini lebih banyak berada di dalam rumah dan hanya keluar ke hutan atau kebun secara berkumpulan.

“Kami tidak pasti berapa ekor haiwan liar yang berkeliaran di sekitar sini. Tidak tahu sampai bila keadaan ini akan berakhir.

“Kami juga bimbang jika bekalan makanan di rumah habis. Kami mencari rezeki de­ngan menjual rotan. Kalau tidak masuk hutan, kami tidak dapat memperoleh pendapatan untuk membeli keperluan dapur,” katanya.

Sabri berharap pihak berwajib dalam dapat membantu menyediakan bekalan makanan sementara menunggu masalah itu diselesaikan atau harimau berkenaan ditangkap.

Sementara itu, penduduk, Sudi Adik, 75, berkata, kejadian serangan harimau terhadap manusia itu mengejutkan penduduk kerana tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Mungkin disebabkan hutan semakin banyak diteroka dan pembalakan semakin meluas, habitat haiwan liar itu musnah sehingga menyebabkannya datang ke kawasan penduduk untuk mencari makanan.

“Sejak kecil saya tinggal di kampung ini dan belum pernah berlaku kejadian seperti ini. Kami berharap pihak berkenaan dapat menangani masalah ini segera,” katanya.-UTUSAN.

The post ‘Kami kini hanya berkurung di rumah’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved