‘Kami minta maaf, tiada niat sama sekali timbulkan kontroversi’

Entertainment
2 Sep 2026 • 5:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kami minta maaf, tiada niat sama sekali timbulkan kontroversi’

PETALING JAYA – Drama terbitan meraih teguran Menteri, syarikat produksi, MIG Production House membuat permohonan maaf susulan kontroversi yang tercetus daripada tayangan Madu Atau Racun.

MIG dalam kenyataan media memaklumkan pihaknya mengambil maklum mengenai isu berkenaan, selain mengambil setiap teguran dengan terbuka.

“Kepada seluruh penonton, peminat dan semua pihak yang memberikan sokongan terhadap drama Madu atau Racun.

“Kami ambil maklum terhadap isu yang sedang tular dan menyentuh sensitiviti agama serta masyarakat dengan babak yang dilihat agak keterlaluan untuk ditonton secara umum.

“Kami memohon maaf dan menghormati pandangan semua pihak dan akan memperbaiki karya kami akan datang dan seterusnya mengambil teguran ini sebagai satu pengajaran besar,” tulis kenyataan itu di Instagram.

Menerusi hantaran sama, rumah produksi yang turut aktif menerbitkan filem itu turut menegaskan pihaknya bukan sengaja mahu mencetuskan isu.

“Kami ingin menegaskan bahawa kami tiada niat sama sekali untuk menyentuh, memperlekehkan atau menimbulkan sebarang kontroversi dengan sengaja,” ujarnya.

Sejak beberapa hari lalu drama bersiri 12 episod arahan Eyra Rahman yang disiarkan di platform IQIYI susulan babak didakwa berunsur pelakuan hubungan sejenis.

Desakan agar pihak berkaitan menarik balik siaran drama yang baru memasuki episod keempat itu ‘panas’ dalam platform Threads sehingga meraih maklum balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Pihaknya menolak penayangan drama Madu Atau Racun yang menimbulkan keresahan kalangan masyarakat, selain kesal atas tindakan menyerapkan elemen yang menyentuh sensitiviti agama dan norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat mahupun tersirat.

Susulan itu, satu pertemuan melibatkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bersama wakil MIG, iQIYI serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta persatuan berkaitan bagi membincangkan isu ini. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kami minta maaf, tiada niat sama sekali timbulkan kontroversi’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved