![Image from: Kanak-kanak Lelaki Dipuji Jujur Ketika Beli Umpan Pancing, Siap Tunjuk Bukti Bayar Dekat CCTV [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Beli-umpan-budak-jujur-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sikap dan nilai terpuji seperti kejujuran adalah satu perkara yang perlu dihargai oleh setiap individu. Bahkan setiap ibu bapa perlu menerapkan sifat jujur kepada anak-anak agar mereka membesar menjadi insan yang baik serta amanah.
Kanak-kanak jadi perhatian sebab jujur
Baru-baru ini seorang kanak-kanak lelaki menjadi perhatian warga Threads disebabkan kejujurannya sewaktu membeli barangan memancing di sebuah kedai.
Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik awalnya kelihatan seorang kanak-kanak lelaki telah berkunjung ke kedai menjual peralatan memancing, Sakura Tackle di Kampung Simpang Tokku, Terengganu.
Tengok set umpan untuk memancing
Dalam video dikongsikan Muhammad Zaim Zazali itu, kanak-kanak yang memakai baju jersey berwarna jingga itu dilihat sedang melihat ke arah satu rak set umpan.
Dia kemudian berjalan di dalam kedai seolah-olah sedang mencari individu yang menjaga kedai tersebut.
Namun kelihatan dia tidak menjumpai sesiapa dalam kedai berkenaan. Kanak-kanak lelaki itu kemudiannya kembali ke arah rak set umpan tersebut dan mengambil barangan yang dimahukan.
Kira wang sebelum tunjuk dekat CCTV bukti dah bayar
Sebaik mengambilnya dia lalu kembali ke kaunter dan mengira wang. Menyedari terdapat CCTV dia kaunter tersebut, dia lalu menunjukkan wang kertas yang dipegang ke arah kamera sebagai bukti sudah membuat pembayaran.
“Al kisah hari ni (17 Jun) staf Sakura Tackle semua keletihan, penat angkat sotong trip candat semalam (16 Jun) belum habis lagi tertidur. Tiba-tiba datang seorang adik ni datang ke kedai beli satu umpan soft frog jenama EXP.
“Apa yang saya nak highlight dekat sini bukan tentang umpan EXP tu tapi nilai sebuah kejujuran yang ada pada adik ni.
“Dia tunjuk duit yang dibayar dekat CCTV dan barang yang diambil,” kata Zaim.
Pemilik kedai ucap tahniah kerana jujur ketika membeli umpan
Bahkan dia turut mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan kerana berjaya mendidik si kecil itu menjadi insan yang jujur.
Zaim turut memaklumkan ketika perkara itu berlaku pekerjanya ketika berada di ruangan belakang kaunter bayaran.
“Staf ada di ruangan belakang kaunter, sebenarnya waktu rehat tapi staf lupa nak kunci pintu masuk. Lagi satu staf tertidur, itu yang tak sedar adik tu masuk ke dalam,” katanya kepada BuzzKini.
Siap nak belanja satu lagi umpan disebabkan jujur, kanak-kanak beli umpan RM16
Bahkan atas kejujuran itu Zaim juga mahu belanja kanak-kanak tersebut satu lagi umpan yang sama dan meminta orang ramai yang mengenali si kecil itu untuk menguar-uarkannya.
Jelas Zaim, umpan yang dibeli oleh kanak-kanak tersebut berharga RM16.
View on Threads
Ramai puji kejujuran anak kecil
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut memuji kejujuran kanak-kanak tersebut serta mendoakan agar dia menjadi anak yang baik dan soleh.
Tidak kurang ada yang memuji ibu bapa si kecil itu atas kejujurannya.
Apa yang lebih menarik video kejujuran kanak-kanak lelaki itu turut menjadi perhatian jenama peralatan memancing, EXP Fishing yang meninggalkan komen pada video tersebut.
View on Threads
Di TikTok, ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit turut memunculkan diri dan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan perkara baik buat anaknya.
![Image from: Kanak-kanak Lelaki Dipuji Jujur Ketika Beli Umpan Pancing, Siap Tunjuk Bukti Bayar Dekat CCTV [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/budak-jujur-beli-umpan-1.jpg)



![“Tak Ada Sorry Sikit Pun” – Staf Kecewa Dakwa Ibu Bapa Biarkan Anak Buang Air Dalam Premis [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/anak-membuang-dalam-premis.jpg?t=1781490016)

![[VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/ft-lelaki-cop-parking-300x158.jpg)
![Lelaki Belanja Budak Sekolah Air Minuman Sempena Hari Jadinya, Siap Dapat Doa [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Pelajar-siap-doakan-lelaki-belanja-air-minuman-800x467.jpg?t=1781070016)