Kanak-kanak lelaki hilang ketika riadah ditemukan lemas pagi ini 

10 Nov 2026 • 11:51 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Kanak-kanak lelaki hilang ketika riadah ditemukan lemas pagi ini 

GOPENG: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun 10 bulan ditemukan lemas pagi ini selepas hilang ketika beriadah dengan keluarganya di Dataran Sungai Jahang, Kampung Jahang, dekat sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa, Muhammad Muiz Muhammad Luqman dijumpai pada 10.29 pagi kira-kira lima kilometer dari tempat mangsa dipercayai hanyut.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi ini membabitkan 10 anggota bomba, 12 anggota polis serta kira-kira 30 penduduk setempat dan pengusaha aktiviti water rafting yang membantu pencarian menggunakan bot water rafting.

Dua ekor anjing daripada Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM turut digerakkan bagi membantu pencarian di sepanjang tebing sungai dari lokasi mangsa dipercayai hilang hingga Jambatan Sungai Kampar di Kuala Dipang.

Semalam, bomba menerima panggilan kejadian pada 12.06 tengah hari sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng bergegas ke tempat kejadian.

Mangsa dipercayai datang bersama-sama keluarganya dari Tronoh pada 10.30 pagi semalam ke kawasan berkenaan sebelum mangsa didapati hilang dari tempat bermain di tepi sungai sejam selepas itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved