Kanak-kanak maut jatuh tingkat 10 ketika sedang bermain kejar-kejar

LocalFamily & Parenting
24 Oct 2026 • 9:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kanak-kanak maut jatuh tingkat 10 ketika sedang bermain kejar-kejar

JOHOR BAHRU: Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang maut terjatuh dari tingkat 10 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana Fasa 2, Tampoi, di sini semalam dipercayai sedang bermain kejar-kejar bersama rakan-rakannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, mangsa iaitu Mohammad Adib Rizqy Mohammad Fauzi kemudiannya menggunakan sebuah basikal untuk memanjat tembok koridor.

“Mangsa bagaimanapun hilang kawalan lalu terjatuh ke bawah.

“Penduduk setempat yang menyedari kejadian itu menemukan mangsa terbaring di bahagian bawah bangunan sebelum memaklumkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Azrol Anuar, bedah siasat yang dijalankan hari ini mengesahkan punca kematian adalah disebabkan kecederaan pelbagai organ akibat jatuh dari tempat tinggi.

“Kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian. Setakat ini, pihak polis telah merakam keterangan daripada empat saksi bagi membantu siasatan,” katanya.-UTUSAN

The post Kanak-kanak maut jatuh tingkat 10 ketika sedang bermain kejar-kejar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved