Kanak-kanak tujuh tahun parah diserang anjing liar ketika bermain

13 Oct 2026 • 9:52 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Kanak-kanak tujuh tahun cedera parah diserang anjing liar di taman permainan Lima Kedai, Johor.

Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun bermain di taman permainan bertukar tragedi apabila dia diserang sekumpulan lapan anjing liar sehingga mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Memetik laporan Bernama, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang Isnin di sebuah taman permainan berhampiran flat perumahan Lima Kedai, di Iskandar Puteri.

Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian mata, leher, kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Pandak Ahmad menyifatkan kejadian berkenaan sebagai sesuatu yang amat membimbangkan, sekali gus menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan penduduk.

Pandak Ahmad berkata, mangsa bernasib baik apabila seorang lelaki yang menyaksikan kejadian bertindak membaling batu ke arah anjing terbabit bagi menyelamatkannya.

Terdahulu, kejadian hampir sama yang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Kampung Tambak, Batu Pahat, pada 5 September lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi mengalami kecederaan parah hampir di seluruh badan selepas diserang sekumpulan lima anjing liar di hadapan rumahnya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke HSA untuk menjalani pembedahan dan menerima rawatan pakar.

The post Kanak-kanak tujuh tahun parah diserang anjing liar ketika bermain appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved