Kandungan Janaan Claude Akan Mempunyai Tera Air Di EU

WorldTechnology
11 Aug 2026 • 4:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anthropic mula meletakkan tera air yang tidak boleh dilihat pada kandungan yang dijana oleh Claude sejak 2 Ogos lalu di negara Kesatuan Eropah (EU), Ini ialah bagi mematuhi akta kecerdasan buatan (AI) EU yang menuntut ketelusan dalam kandungan yang dijana oleh AI.

Image from: Kandungan Janaan Claude Akan Mempunyai Tera Air Di EU

Tera air ini dibenamkan ke dalam teks tetapi tidak boleh dilihat oleh mata manusia namun boleh dikesan oleh mesin apabila teks disalin. Ia akan kekal walaupun selepas kandungan disunting oleh manusia. Untuk kandungan yang dijana dalam bentuk .svg, .png, dan .jpg pula, tera air menggunakan format Coalition for Content Provenance and Authenticity (C2PA) pula digunakan.

Di EU, semua kandungan yang dijana oleh Claude Platfrom (API), Claude Code, Claude Cowork, dan Claude Tag akan dikenakan tera air. Dengan tera air ini, kandungan janaan AI akan dapat dikesan dengan mudah apabila digunakan dalam laporkan korporat, kertas penyelidikan, laporan berita, kertas kerja pengajian sekolah/universiti, muatan di media sosial dan dokumen undang-undang,

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved