
MUNICH – Gergasi Arab Saudi, Al-Hilal bersedia untuk membuat tawaran paling besar dalam sejarah Liga Arab Saudi bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi England, Harry Kane.
Kane kini sedang berada pada tahun terakhirnya bersama Bayern Munich, malah laporan menyebut, abang kepada pemain itu, Charlie Kane sudah pun bertemu dengan Pengarah Teknikal Bola Sepak Al-Hilal, Simon Francis selepas Kane berada dalam senarai yang diidakan.
Bagaimanapun, belum ada bayangan tentang tawaran yang bakal dikemukakan, namun Kane dikatakan masih menaruh harapan untuk terus kekal di Eropah bersama Bayern.
Kane dikatakan sedang membincangkan beberapa terma baharu untuk menerima lanjutan kontrak bersama Bayern dan menjelaskan keputusan hanya akan dibuat selepas pertemuan dibuat antara kedua-dua pihak.
“Kontrak saya hanya ada setahun saja lagi, jadi sekarang adalah masa untuk kami berbincang mengenai perkara ini. Kami akan bercakap mengenainya minggu depan atau pun minggu selepas itu.
“Ketika ini, kedua-dua pihak masih lagi tenang tentang perkara ini,” katanya yang dijangka bersetuju untuk menerima lanjutan kontrak tiga tahun lagi.
Untuk rekod, musim lalu Kane menikmati detik paling hebat dalam kariernya di Bayern Munich apabila menjaringkan 61 gol dalam 51 penampilan malah cemerlang menyumbangkanenam gol buat England di pentas Piala Dunia 2026. – AGENSI
The post Kane mula intai destinasi baharu appeared first on Kosmo Digital.




