Kapasiti penggunaan industri pembuatan capai 83.7 peratus

Business & Finance
19 Aug 2026 • 4:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kapasiti penggunaan industri pembuatan capai 83.7 peratus

PETALING JAYA: Industri pembuatan mencapai kapasiti penggunaan pada kadar 83.7 peratus pada suku kedua 2026, meningkat 1.2 mata peratus berbanding 82.5 peratus pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, kesemua subsektor mencatatkan kapasiti penggunaan melebihi 80 peratus dengan kadar tertinggi direkodkan oleh subsektor kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain sebanyak 87.2 peratus, meningkat 1.2 mata peratus.

“Ini diikuti dengan peningkatan 2.6 mata peratus dalam subsektor produk elektrik dan elektronik dengan kadar 85.3 peratus.

“Peningkatan tahun ke tahun dalam prestasi kapasiti penggunaan bulanan direkodkan sepanjang suku kedua 2026 iaitu April 2026 sebanyak 82.9 peratus, meningkat 1.8 mata peratus, Mei 2026 (83.5 peratus, +0.6 mata peratus) dan Jun 2026 (84.5 peratus, +0.9 mata peratus).

“Perbandingan dengan suku tahun sebelumnya, kapasiti penggunaan industri Ppmbuatan menaik 0.9 mata peratus,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lebih lanjut, DOSM berkata, pada suku kedua 2026, kapasiti penggunaan bagi industri berorientasikan eksport meningkat 1.3 mata peratus tahun ke tahun kepada 82.9 peratus.

“Kadar mata peratus tertinggi dicatatkan dalam subsektor pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal dan pembuatan produk plastik masing-masing meningkat sebanyak 3.5 mata peratus kepada 84.9 peratus dan naik 0.6 mata peratus kepada 81.5 peratus.

“Namun begitu, industri yang merekodkan kapasiti penggunaan di bawah 80 peratus adalah pembuatan kayu dan produk kayu dan gabus, kecuali perabot, pembuatan bagi artikel jerami dan bahan-bahan anyaman (75.3 peratus).

“Ia turut merangkumi pembuatan tekstil (79.9 peratus) serta pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan (79.8 peratus).

“Berbanding suku pertama 2026, kadar kapasiti penggunaan bagi industri berorientasikan eksport memulih kepada 0.9 mata peratus daripada 82.0 peratus pada suku tahun sebelumnya,” katanya.

Menurutnya, kapasiti penggunaan industri berorientasikan domestik pula meningkat 0.8 mata peratus kepada 85.2 peratus pada suku kedua 2026.

“Kebanyakan industri dalam segmen ini mencatatkan kadar kapasiti penggunaan yang tinggi terutamanya pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler sebanyak 90.9 peratus, meningkat 2.7 mata peratus, diikuti oleh pembuatan logam asas (81.4 peratus, +0.5 mata peratus).

“Sementara itu, kadar kapasiti penggunaan terendah dicatatkan oleh industri pembuatan kertas dan produk kertas dengan 77.1 peratus.

“Berbanding suku tahun sebelumnya, kapasiti penggunaan industri berorientasikan domestik menaik 0.7 mata peratus daripada 84.5 peratus,” ujarnya. – UTUSAN

The post Kapasiti penggunaan industri pembuatan capai 83.7 peratus appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved