Karkas ayam guna sijil halal palsu dibongkar

11 Nov 2026 • 1:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Karkas ayam guna sijil halal palsu dibongkar

PETALING JAYA: Kegiatan pengedaran karkas ayam yang disyaki menggunakan sijil halal palsu selain karkas babi bernilai keseluruhan lebih RM2 juta terbongkar menerusi penguatkuasaan Op Salju dan Ops Frozen Fly di tiga lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur, semalam.

Operasi tersebut melibatkan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Bahagian Siasatan Jenayah.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berkata, operasi terbabit membawa kepada rampasan karkas babi dan ayam seberat keseluruhan 61,686.5 kilogram (kg), selain sebuah kontena dan dua forklift.

Katanya, serbuan di Pelabuhan Klang membawa kepada rampasan karkas babi seberat 8,562.50kg bernilai RM299,687.50.

“Di Semenyih, pihak berkuasa merampas karkas babi seberat 7,440kg bernilai RM260,400, selain sebuah kontena dan dua forklift yang dianggarkan bernilai RM341,600.

“Sementara itu, serbuan di Taman Ehsan Industrial Park, Kuala Lumpur menyaksikan rampasan karkas ayam seberat 45,684kg bernilai RM1.14 juta yang disyaki menggunakan sijil halal palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Secara keseluruhan, nilai rampasan membabitkan ketiga-tiga lokasi berkenaan berjumlah RM2 juta,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Binatang 1953 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

“Kerjasama antara agensi penguat kuasa akan terus diperkukuh bagi membanteras kegiatan yang melanggar undang-undang serta memelihara kepentingan pengguna,” katanya.- UTUSAN

The post Karkas ayam guna sijil halal palsu dibongkar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved