Kastam perkasa kemahiran anggota tangani krisis digital

LocalDigital
6 Aug 2026 • 6:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kastam perkasa kemahiran anggota tangani krisis digital

KUCHING: Lebih 30 anggota pelbagai pangkat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dari ibu pejabat dan cawangan seluruh negara didedahkan kepada penggunaan alat forensik digital serta pemantauan sentimen media sosial bagi memperkukuh keupayaan mengurus naratif dan menangani krisis di platform digital.

Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia, Suwati Suratman berkata, peserta yang mengikuti Kursus Pengurusan Media Strategik dan Digital di Akademi Kastam Malaysia (AKMAL) Cawangan Sarawak itu turut dilatih menggunakan pelbagai alat pemantauan seperti InVID WeVerify, Google Reverse Image Search, X Advanced Search, Google Trends dan Boardreader.

Katanya, mereka dibimbing menghasilkan kenyataan balas pantas, kenyataan media, penulisan media sosial, infografik serta mengendalikan sidang media secara berkesan.

“Pendedahan itu diyakini mampu meningkatkan kemahiran anggota JKDM dalam mengurus isu dan situasi krisis yang timbul di media sosial secara lebih berkesan.

“Melalui kursus ini, peserta juga didedahkan dengan realiti operasi bilik berita dan peranan yang perlu dimainkan oleh agensi penguat kuasa dalam menyalurkan maklumat yang pantas kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, kursus yang berlangsung dari 3 hingga 6 Ogos itu bertujuan memantapkan keupayaan anggota supaya lebih proaktif dalam menangani sesuatu isu sebelum berkembang menjadi krisis yang lebih besar.

“Bengkel selama empat hari itu dikendalikan pakar rujuk daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang bertindak sebagai penceramah dan pengajar,” katanya.- UTUSAN

The post Kastam perkasa kemahiran anggota tangani krisis digital appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved