Pengarah dan pelakon, Yusry Abdul Halim dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika mendengar ucapan isterinya, Lisa Surihani yang kini sedang menunaikan ibadah Haji.
Menerusi klip yang tular di media sosial, Lisa berkongsi rasa syukur dan bangga melihat perjalanan karier serta pencapaian suaminya, menerusi panggilan telefon oleh radio Era.
Advertisement
Doakan Allah pelihara setiap langkah mencari rezeki
Lisa memberikan ucapan sempena kejayaan watak ‘Datuk Muzaffar’ yang dilakonkan oleh Yusry dalam drama Dendam Seorang Mentua.
Sebagai isteri, dia mengakui turut gembira menyaksikan segala usaha dan pengorbanan Yusry selama ini akhirnya membuahkan hasil.
Awak lakukan (berlakon) dengan baik sekali, masyaAllah. Moga Allah pelihara setiap langkah you pergi dan balik mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

Tumpang gembira dan bangga
Ucapan penuh emosi itu membuatkan Yusry kelihatan cukup tersentuh sehingga mengalirkan air mata di hadapan rakan pelakon, Tracie Sinidol dan juga para penyampai radio.
Perkongsian video tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang tersentuh melihat hubungan pasangan berkenaan.
Moga Allah permudah segala urusan you, moga Allah makbulkan setiap doa-doa you. Walaupun dah lama tak berlakon TV, tapi lakonan you diterima sangat baik. Sebagai isteri, saya tumpang gembira, tumpang bangga.
View on Threads
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dia Tiada, Itu Menyakitkan" - Datuk Yusry Abdul Halim
The post Kata-Kata Lisa Surihani Dari Mekah Buat Yusry Menitis Air Mata – “Walaupun Kita Berjauhan…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
