Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan tampil menafikan dakwaan kononnya dia tidak mengaku anak selepas namanya dikaitkan dengan isu tersebut oleh seorang pengguna media sosial.
Perkara itu bermula apabila seorang pengguna Threads mempersoalkan bagaimana anaknya mahu mengenali bapa sendiri sekiranya ‘so called ayah’ didakwa tidak mengaku anak.
Tidak berdiam diri, Aidil membalas hantaran berkenaan dan menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah fitnah.
Dengan nada tegas, Aidil meminta individu terbabit memadam hantaran berkenaan serta membuat permohonan maaf dalam tempoh satu hari.
Menurut Aidil, sekiranya tiada permohonan maaf dibuat, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
“Jangan Main Gila Dengan Aku.”
Sebelum ini, nama Aidil turut menjadi perhatian selepas seorang netizen meninggalkan komen pada hantaran berkaitan anak kepada pelakon Rita Rudaini sehingga mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.
Menerusi komen tersebut, netizen berkenaan mempersoalkan kenyataan anak Rita yang dikatakan tidak mengenali Aidil selain turut menyebut mengenai nafkah bulanan yang diberikan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Ada Orang Lepas Ambil Hak Orang... Biar 'Dia' Makin Gila..." - Rita Rudaini
The post “Kau Jangan Main Gila Dengan Aku” – Aidil Zafuan Bersuara Isu Tak Mengaku Rayyan Dan Qaqa Sebagai Anak Kandung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






