Kaunselor fasih Tamil diperlukan bantu keluarga mangsa bencana Nepal

LocalFamily & Parenting
3 Sep 2026 • 11:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kaunselor fasih Tamil diperlukan bantu keluarga mangsa bencana Nepal
Manivannan semasa sidang media di Kuala Lumpur pada Khamis.
Image from: Kaunselor fasih Tamil diperlukan bantu keluarga mangsa bencana Nepal
Ahli keluarga rakyat Malaysia turut hadir pada sidang media di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Penyediaan kaunselor yang fasih berbahasa Tamil dapat membantu ahli keluarga rakyat Malaysia yang berhadapan trauma akibat bencana di Nepal.

Jurucakap Solidariti Malaysia: Famili Dalam Harapan (MASFIH), Dr R Manivannan berkata, khidmat berkenaan amat diperlukan ketika keluarga menunggu perkembangan mengenai ahli keluarga yang masih terputus hubungan susulan kejadian itu.

Menurutnya, setiap individu mempunyai cara berbeza dalam menghadapi tekanan dan ketidakpastian.

"Kita berharap ada ahli psikologi yang fasih berbahasa Tamil sama ada daripada sektor kerajaan atau swasta dapat tampil membantu kami.

"Mereka yang berkelayakan boleh berhubung dengan saya kerana perkara ini sangat sensitif," katanya dalam sidang media di Desa Petaling di sini pada Khamis.

**media[3635836]**

Manivannan berkata, cabaran komunikasi itu perlu diberi perhatian terutama membabitkan ahli keluarga warga emas yang mungkin menghadapi kesukaran memahami istilah tertentu yang digunakan dalam sesi kaunseling.

Katanya, Wisma Putra dan Mercy Malaysia turut menawarkan khidmat kaunseling dan berusaha mendapatkan penterjemah.

"Kaunseling perlu menyentuh hati disebabkan itu mereka perlu berasa selesa dan dapat berkomunikasi dengan baik.

"Kalau menggunakan penterjemah, kita juga perlu pastikan mesej itu benar-benar sampai kerana penterjemah bukan pakar psikologi," katanya.

Menurutnya, setakat ini hanya sebuah keluarga memohon bantuan berkenaan berikutan keadaan ibu bapa mereka yang menunjukkan kebimbangan dan ketakutan.

Pada Selasa, Kementerian Luar memaklumkan seramai 55 rakyat Malaysia masih gagal dihubungi susulan kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di daerah Rasuwa, Nepal, pada 26 Ogos lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved