KBS tubuh dua jawatankuasa lancarkan penganjuran F1

30 Jul 2026 • 5:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: KBS tubuh dua jawatankuasa lancarkan penganjuran F1

SEPANG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi melancarkan penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Oktober depan.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, ia termasuk jawatankuasa induk yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara (KSN) serta jawatankuasa di bawah KBS bagi memastikan persiapan berjalan mengikut garis masa ditetapkan.

Jelas Taufiq, jawatankuasa induk yang diketuai KSN akan menyelaras pelbagai aspek dari segi penganjuran, termasuk keselamatan, protokol serta kerjasama antara kementerian dan agensi berkaitan.

“Satu jawatankuasa induk akan dipengerusikan oleh KSN dan dalam jawatankuasa itu terdiri daripada KSU (Ketua Setiausaha) setiap kementerian, KP (Ketua Pengarah), keselamatan dan sebagainya.

“Kedua adalah jawatankuasa teknikal di peringkat KBS. SIC juga akan sentiasa memberikan laporan secara berkala kepada pasukan jawatankuasa teknikal di peringkat KBS dan saya sendiri akan memantaunya,” katanya ketika ditemui selepas meninjau keadaan trek di Sepang hari ini.

Mengulas mengenai persiapan litar, Taufiq berkata, pasukan teknikal Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang menjalankan pemeriksaan minggu lalu sudah berpuas hati dengan keadaan semasa trek.

“Tidak ada sebarang ‘red flag’ dan secara keseluruhannya, kita berada di landasan tepat dan hanya memerlukan sedikit kerja penambahbaikan serta naik taraf bagi memenuhi spesifikasi FIA,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menjelaskan, Litar Sepang dijangka ditutup kepada orang awam bermula 7 September nanti bagi memberi laluan kepada kerja naik taraf, penyelenggaraan serta ujian akhir sebelum perlumbaan berlangsung. – KOSMO! ONLINE

The post KBS tubuh dua jawatankuasa lancarkan penganjuran F1 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved