Keajaiban Berlaku, Khairul Aming Kongsi Trik Beli Tiket F1 Walaupun Sudah “Sold Out”

14 Aug 2026 • 10:57 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Keajaiban Berlaku, Khairul Aming Kongsi Trik Beli Tiket F1 Walaupun Sudah “Sold Out”

Nak tengok perlumbaan F1 secara dekat memang jadi impian ramai peminat, tetapi cabaran pertama selalunya bukan mencari tempat duduk yang best, sebaliknya berjaya mendapatkan tiket.

Lebih-lebih lagi apabila tiket baru dibuka, laman jualan boleh berubah daripada ‘available’ kepada ‘sold out’ dalam sekelip mata.

Bila sudah nampak tulisan itu, ramai mungkin terus anggap peluang untuk ke litar sudah tertutup.

Namun, ada satu perkara yang mungkin ramai tidak tahu.

Status ‘sold out’ tidak semestinya bermakna semua tiket benar-benar sudah tiada, seperti yang dibuktikan Khairul Aming menerusi pengalaman mendapatkan tiket F1 baru-baru ini.

Tiket F1 'sold out'

Baru-baru ini, perkongsian oleh salah seorang pempengaruh terkenal di Malaysia, Khairul Aming mencuri perhatian selepas beliau berkongsi pengalaman mendapatkan tiket Formula 1 walaupun pada awalnya mendapati kesemua tiket sudah ‘sold out’.

Menerusi perkongsian tersebut, Khairul Aming berkata beliau pada mulanya sudah cuba mendapatkan tiket F1 sebelum terlelap.

Bagaimanapun, selepas tersedar sekitar jam 2 pagi, dia mendapati semua tiket sudah habis terjual.

Baca juga:

Keajaiban berlaku

Tidak mahu terus mengalah, Khairul Aming mengambil keputusan untuk terus melakukan refresh pada laman web tiket berkenaan.

Selepas kira-kira lima minit mencuba, tiba-tiba tiket Main Grandstand muncul sebagai tersedia.

Tanpa membuang masa, beliau terus add to cart empat tiket dan akhirnya berjaya mendapatkan kesemuanya.

Menariknya, ketika berkongsi pengalaman itu, Khairul Aming turut menunjukkan nombor giliran 47,761, bermakna beliau merupakan individu ke-47,762 dalam barisan pembelian tiket berkenaan.

Image from: Keajaiban Berlaku, Khairul Aming Kongsi Trik Beli Tiket F1 Walaupun Sudah “Sold Out”
Kredit: Threads @khairulaming

Lebih menarik, tepat pada jam 2.10 pagi, beliau menerima e-mel pengesahan bahawa pembelian empat tiket tersebut berjaya dilakukan.

Malah, Khairul Aming turut berkongsi bahawa tiket B Hillstand dan C Hillstand juga masih sempat muncul sebagai tersedia ketika beliau melakukan refresh.

Image from: Keajaiban Berlaku, Khairul Aming Kongsi Trik Beli Tiket F1 Walaupun Sudah “Sold Out”
Kredit: Threads @khairulaming

Jadi, buat peminat yang masih memburu tiket F1 tetapi berdepan status ‘sold out’, mungkin boleh cuba refresh semula laman tiket tersebut.

Mana tahu, seperti Khairul Aming, tiket yang dicari tiba-tiba muncul ketika anda sudah hampir berputus asa.

F1 pun kalah dengan 'battle' Rembayung

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berseloroh dengan menyamakan pengalaman memburu tiket F1 itu dengan perjuangan mendapatkan slot Rembayung.

Image from: Keajaiban Berlaku, Khairul Aming Kongsi Trik Beli Tiket F1 Walaupun Sudah “Sold Out”
Kredit: Threads @khairulaming
Image from: Keajaiban Berlaku, Khairul Aming Kongsi Trik Beli Tiket F1 Walaupun Sudah “Sold Out”
Kredit: Threads @khairulaming
Image from: Keajaiban Berlaku, Khairul Aming Kongsi Trik Beli Tiket F1 Walaupun Sudah “Sold Out”
Kredit: Threads @khairulaming

Malah, ada yang berkongsi pengalaman bahawa mendapatkan tiket F1 dirasakan jauh lebih mudah berbanding ‘battle’ untuk mendapatkan slot Rembayung yang turut menjadi rebutan ramai.

Perbandingan itu mengundang pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen yang menganggap kedua-duanya sama-sama memerlukan nasib, kesabaran dan kelajuan tangan.

Harga tiket khas F1 buat pemegang MyKad

Bagi peminat F1 tempatan yang memiliki MyKad boleh mendapatkan tiket tiga hari dengan harga istimewa serendah RM200.

Menurut Bahrain International Circuit, pemegang MyKad ditawarkan enam kategori tiket pada kadar istimewa dalam Ringgit Malaysia (RM).

Tiket yang ditawarkan merupakan pas tiga hari, membolehkan peminat mengikuti aksi sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Berikut merupakan harga tiket untuk pemegang MyKad:

  1. Main Grandstand (MGS) – RM2,083.40

  2. K1 Grandstand – RM1,386.00

  3. F Grandstand – RM1,291.40

  4. B Hillstand – RM809.60

  5. C Hillstand – RM809.60

  6. G Hillstand – RM200.00

Bagi peminat antarabangsa pula, harga tiket ditawarkan dalam Dolar Amerika Syarikat (USD):

  1. Main Grandstand (MGS) – USD566.05

  2. K1 Grandstand – USD350.13

  3. F Grandstand – USD376.39

  4. B Hillstand – USD218.90

  5. C Hillstand – USD218.90

Bagaimanapun, transaksi bagi tiket antarabangsa akan diproses dalam Dinar Bahrain berdasarkan kadar pertukaran semasa ketika pembelian dilakukan. Semua harga yang disenaraikan turut termasuk cukai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved