Kebebasan Bersuara Di Media Sosial Perlu Berhemah - Agong

LocalPolitics
17 Oct 2026 • 4:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Kebebasan Bersuara Di Media Sosial Perlu Berhemah - Agong

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat supaya menggunakan kebebasan bersuara di media sosial secara bertanggungjawab, selain sentiasa menjaga adab dan menghormati orang lain.

Baginda bertitah, terdapat segelintir pengguna yang menjadikan platform dalam talian sebagai medan provokasi dan kebencian sehingga mencetuskan perpecahan dalam masyarakat.

“Jangan jadikan media sosial sebagai platform untuk menghina, mencarut, memburukkan atau memalukan orang lain. Perbezaan pendapat bukan alasan untuk kita menjadi musuh.

“Kita boleh tidak bersetuju, tetapi pandangan mesti disampaikan dengan sopan dan penuh hormat.

“Jika mahu mengkritik, lakukanlah secara membina. Jika mahu menegur, tegurlah dengan berhemah,” titah baginda.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan rakyat supaya tidak terburu-buru berkongsi maklumat yang belum disahkan sehingga menjadi penyebar fitnah dan kebencian.

Baginda bertitah, perbezaan pandangan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk bermusuhan, sebaliknya perlu dizahirkan menggunakan bahasa yang sopan dan beradab.

Sultan Ibrahim yang juga Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertitah demikian ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105 di Dewan Agung Tuanku Canselor, di sini, hari ini. - Getaran, 17 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved