Kebenaran penerbangan bukan bawah bidang kuasa KKM

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 2:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kebenaran penerbangan bukan bawah bidang kuasa KKM

KUALA LUMPUR- Kebenaran penerbangan helikopter yang membawa petugas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Sarawak tertakluk kepada kelulusan agensi berkaitan dan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Mahathar Abd Wahab berkata, setiap penerbangan sama ada menggunakan helikopter atau kapal terbang, perlu mematuhi prosedur keselamatan tertentu sebelum kebenaran diberikan.

“Sebarang aspek penerbangan sama ada helikopter ataupun kapal terbang dan sebagainya, prosedur-prosedur tertentu daripada aspek keselamatan perlu dipatuhi. Dan barulah mereka diberikan kebenaran untuk terbang.

“Sama ada kebenaran untuk terbang atau tidak, itu tertakluk kepada kelulusan daripada agensi-agensi berkenaan, bukan di pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar khas berhubung insiden helikopter, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status kebenaran penerbangan helikopter terbabit, susulan pihak berkuasa semalam memaklumkan pasukan penyelamat tidak dapat meneruskan penerbangan ke lokasi kejadian akibat keadaan jerebu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathar menambah dalam kejadian berkenaan, penerbangan helikopter terbabit telah dilaksanakan.

Namun, ujarnya sebarang maklumat lanjut mengenai aspek kebenaran penerbangan perlu dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan.

“Dalam kes semalam kebenaran penerbangan telah berlaku. Tapi untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pertanyaan tadi, saya mohon pihak berkuasa yang berkaitan menjawab soalan tersebut,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

The post Kebenaran penerbangan bukan bawah bidang kuasa KKM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved