Kedah pertimbang tuntutan pajakan Pulau Pinang jika ambil alih Kerajaan Persekutuan

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 1:32 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor ketika membincangkan tuntutan bayaran pajakan Pulau Pinang.

Kerajaan Kedah sedang mempertimbangkan langkah seterusnya berhubung tuntutan semakan bayaran pajakan Pulau Pinang, termasuk kemungkinan mengemukakannya selepas mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan sekiranya tuntutan itu terus tidak mendapat pertimbangan.

Memetik laporan Urus Setia Penerangan Darul Aman, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri kini menilai sama ada dokumen berkaitan tuntutan itu perlu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dibincangkan sekarang atau selepas mengambil alih pentadbiran Persekutuan.

Menurut beliau, isu semakan bayaran pajakan Pulau Pinang bukan perkara baharu kerana telah dibangkitkan oleh Kerajaan Kedah sejak enam tahun lalu. Namun, sepanjang tempoh berkenaan, tuntutan itu masih belum menerima maklum balas positif daripada Kerajaan Persekutuan.

Sanusi berkata, tuntutan tersebut wajar diputuskan berdasarkan undang-undang dan prinsip kedaulatan undang-undang bukannya mengambil kira kedudukan atau pihak yang terlibat.

Baca juga:

Beliau turut memaklumkan perkara itu pernah dibangkitkan kepada Perdana Menteri ketika Perikatan Nasional (PN) mentadbir Kerajaan Persekutuan selama 33 bulan. Bagaimanapun, tuntutan berkenaan belum dikemukakan secara rasmi ketika itu kerana dokumen berkaitan masih belum lengkap.

Dalam pada itu, Kerajaan Kedah telah melengkapkan kajian komprehensif bagi mengukuhkan tuntutan semakan bayaran pajakan berkenaan. Pasukan penyelidik yang terdiri daripada pakar sejarah dan perundangan ditugaskan meneliti dokumen sejarah, perjanjian, rekod pembayaran serta kedudukan dari sudut undang-undang dan Perlembagaan.

“Kajian tersebut telah disiapkan dan laporan akhirnya dibentangkan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ADUN serta Ahli Parlimen pada 15 April 2025,” katanya.

The post Kedah pertimbang tuntutan pajakan Pulau Pinang jika ambil alih Kerajaan Persekutuan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved