Kehilangan Asiah Undang Sebak, TPM Zahid Seru Pengguna Jalan Raya Lebih Berhati Hati

21 Oct 2026 • 4:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kehilangan Asiah Undang Sebak, TPM Zahid Seru Pengguna Jalan Raya Lebih Berhati Hati

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi keluarga Allahyarhamah Asiah Ahmad Syahir di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ziarah itu dilakukan susulan pemergian kanak kanak berkenaan yang meninggal dunia dalam nahas membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching baru baru ini.

Image from: Kehilangan Asiah Undang Sebak, TPM Zahid Seru Pengguna Jalan Raya Lebih Berhati Hati
Kredit: Facebook Zahid Hamidi

Ahmad Zahid berkata, kehilangan Allahyarhamah amat menyentuh hatinya, lebih lebih lagi beliau turut mempunyai cucu yang seusia dengan kanak kanak berkenaan.

Sebagai seorang atuk, katanya, beliau sukar membayangkan kesedihan yang ditanggung ibu bapa serta seluruh ahli keluarga apabila kehilangan insan kecil yang menjadi penyeri kehidupan mereka.

Beliau turut mendoakan agar keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat itu.

Menurutnya, segala kenangan bersama Allahyarhamah diharap dapat menjadi pengubat rindu serta sumber kekuatan buat keluarga untuk meneruskan kehidupan.

Dalam pada itu, Zahid mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu dengan cermat dan berhemah.

Katanya, setiap keputusan ketika berada di jalan raya membawa tanggungjawab kerana satu kecuaian boleh meninggalkan kesan berpanjangan terhadap kehidupan orang lain serta keluarga mereka.

Baca juga:

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan insan yang dikasihi Allah SWT dan keluarganya terus diberikan kekuatan untuk menghadapi hari hari mendatang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved