Nahas Jalan Kuching: Ahmad Zahid ziarah keluarga adik Asiah

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 3:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas Jalan Kuching: Ahmad Zahid ziarah keluarga adik Asiah

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menziarahi keluarga Allahyarhamah Asiah Ahmad Syahir di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ziarah itu dilakukan susulan pemergian kanak-kanak berkenaan dalam nahas membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching baru-baru ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau amat tersentuh dengan kehilangan Allahyarhamah yang masih kecil dan mempunyai perjalanan hidup yang panjang.

“Sebagai seorang atuk yang juga mempunyai cucu-cucu seusia Allahyarhamah, hati saya benar-benar tersentuh melihat kehilangan seorang anak kecil.

“Sukar untuk membayangkan betapa dalamnya rasa kehilangan buat ibu bapa dan seluruh keluarga apabila insan kecil yang menjadi penyeri rumah tiba-tiba tiada lagi di sisi,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau turut mendoakan agar keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu secara cermat dan berhemah kerana kecuaian boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap kehidupan orang lain serta keluarga mereka.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan yang dikasihi Allah. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas Jalan Kuching: Ahmad Zahid ziarah keluarga adik Asiah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved