Kelemahan Tabung Haji Pengkhiatan Untuk Rakyat - PM

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 7:43 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Kelemahan Tabung Haji Pengkhiatan Untuk Rakyat - PM

PAROI - Penemuan dalam laporan siasatan membabitkan Tabung Haji (TH) adalah satu pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan rakyat.

Menegaskan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempersoalkan tindakan institusi itu yang memberikan bonus lumayan kepada kakitangan meskipun mengalami kerugian.

Beliau mengulas laporan yang mendedahkan, TH pernah membayar bonus bersamaan 13 bulan gaji kepada kakitangannya.

"Perkara itu (pembayaran bonus) merupakan antara isu yang dibangkitkan dalam laporan siasatan berkenaan.

“Bagaimana sebuah institusi yang mencatatkan kerugian masih boleh memberikan ganjaran sedemikian? Bagaimana pemberian bonus dibuat tanpa mengambil kira kedudukan dan keadaan kewangan institusi itu?” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Qaryah Paroi Jaya di sini, hari ini.

Jelas Perdana Menteri, beliau kecewa dengan hasil siasatan tersebut kerana TH sebagai sebuah institusi Islam kini menjadi perhatian umum akibat tindakan pihak yang diamanahkan untuk menguruskannya.

“Saya sendiri amat kecewa. Sebuah institusi agama, institusi Islam, telah dimalukan oleh orang Melayu yang diberikan amanah untuk menguruskannya. Pada saya, pelanggaran amanah seperti ini merupakan satu bentuk pengkhianatan,” katanya.

Bagaimanapun Anwar menegaskan, laporan itu perlu diteliti dan dibahaskan terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan dibuat, selain mengingatkan agar isu berkenaan tidak dipolitikkan atau dikaitkan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

“Ini bukan soal meraih undi, tetapi isu ini terlalu besar. Sama ada pengundi dapat memahami keseluruhan isu ini dalam tempoh yang singkat adalah perkara lain. 

“Bagi saya, sama ada menang atau kalah, perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan,” katanya.

Beliau berkata, dapatan siasatan itu perlu diberikan perhatian serius tanpa mengira keputusan PRN Negeri Sembilan. - Getaran, 31 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved