Kelindan lori bebas tuduhan edar dadah

27 Nov 2026 • 3:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kelindan lori bebas tuduhan edar dadah

IPOH: Seorang kelindan lori terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah seberat 3.95 kilogram (kg), pada empat tahun lalu.

Hakim Datuk Norsharidah Awang memutuskan demikian terhadap S. Madhialagan, 48, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Lelaki terbabit dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.

Dalam penghakiman beliau, Hakim Datuk Norsharidah berkata, berdasarkan keterangan saksi-saksi dan bukti-bukti bergambar pihak pendakwaan, mahkamah mendapati cermin tingkap penumpang kereta dipandu tertuduh tertutup ketika tangkapan dibuat dan tidak diusik sehingga diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Katanya, bungkusan berisi dadah seberat empat kilogram itu tidak mengalami sebarang kerosakan jika dicampak dari jarak 10 meter ke dalam longkang di tepi lebuh raya.

“Selain itu, terdapat keterangan wujudnya DNA dan empat cap jari orang lain pada sarung penyandang kepala yang secara tidak langsung menunjukkan orang lain berkemungkinan mempunyai akses terhadap kereta tersebut.

“​Dengan terdapatnya kemungkinan akses tersebut, tertuduh tidak boleh dikatakan mempunyai sebarang pemilikan eksklusif ke atas bungkusan plastik hitam berkenaan katanya.

Terdahulu, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 3,947.4 gram di Kilometer 311.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Tapah pada pukul 3 petang, 26 Julai 2022.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Hairol Jemain manakala tertuduh diwakili peguam bela, Charan Singh Kartar Singh dan Noorfarihah Arshad. – UTUSAN

The post Kelindan lori bebas tuduhan edar dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved