Pemandu lori didakwa edar 18.85kg ekstasi

27 Nov 2026 • 4:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pemandu lori didakwa edar 18.85kg ekstasi

TAWAU: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah jenis MDMA atau ekstasi seberat 18.85 kilogram (kg) di Jalan Kalabakan-Nabawan, minggu lepas.

Tertuduh, Muhammad Khairul Nizam Bedu Herman, 28, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki tempatan itu didakwa mengedar dadah tersebut di RCP Kalabakan, Jalan Kalabakan-Nabawan kira-kira jam 3.30 pagi pada 17 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Mahkamah menetapkan 21 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia diperoleh.

Terdahulu Muhammad Khairul berjaya ditangkap polis di lokasi berkenaan ketika menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna hitam kerana mencurigakan.

Hasil pemeriksaan di bahagian belakang pacuan empat roda itu,  polis menemukan kotak yang di dalamnya mengandungi 1,900 paket kartrij vape berisi cecair disyaki dadah jenis MDMA dianggarkan seberat 18.848 kg.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, ASP Jeffrey Kadison manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved