Keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga, polis minta bantuan orang ramai kesan gadis 16 tahun 

15 Sep 2026 • 9:28 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga, polis minta bantuan orang ramai kesan gadis 16 tahun 

DUNGUN: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang gadis berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Alor Tempoyak, di sini, pada 7 September lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab , Halim Nik Mat berkata, remaja berkenaan dipercayai keluar dari rumahnya kira-kira pukul 9 malam tanpa pengetahuan ahli keluarga dan belum pulang.

Katanya, Nurul Batrisya Hazwani Jamil masih bersekolah di sebuah sekolah di daerah ini.

“Polis menjalankan usaha mengesan remaja berkenaandan mendapatkan bantuan daripada unit rondaan serta balai-balai polis berhampiran bagi memperluas usaha pencarian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan remaja berkenaan atau pernah melihatnya diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya di sini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Nawi di talian 013-7722303 atau mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

 

The post Keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga, polis minta bantuan orang ramai kesan gadis 16 tahun  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved