Kem karate sasar enam emas di Sukan SEA 2027

21 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kem karate sasar enam emas di Sukan SEA 2027

Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) sedang 'memperjuangkan' misi untuk mempertandingkan 18 acara di Sukan SEA Malaysia 2027 — sekali gus menyahut cabaran menjadi antara penyumbang tertinggi kontinjen negara di temasya dwitahunan itu dengan sasaran awal sekurang-kurangnya menyasarkan sebanyak enam pingat emas.

Selaku tuan rumah, Malaysia memiliki kelebihan menentukan jumlah acara dipertandingkan — dengan syarat capai persetujuan dengan negara serantau dalam satu mesyuarat jawatankuasa teknikal dalam masa terdekat.

Dalam temaysa Sukan SEA 2025 yang lalu, tuan rumah iaitu Thailand menawarkan 15 pingat emas dengan skuad negara membawa pulang dua pingat emas.

"Yang pasti ada 18 kategori yang akan bertanding dan enam daripada karate dan selebihnya bergantung pada tempoh kejohanan nanti.

"Kami akan berbincang dan mengadakan mesyuarat nanti, memandangkan venue sudah bertukar di PWTC, kami makan jemput presiden 11 negara melihat venue dan akan  putuskan berapa kategori akan bertanding.

"Kali ini mungkin saya akan buka kepada semua negara untuk serta semua 18 kategori itu nanti." jelas Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved