MAKAF tunai janji, beri ganjaran Proton e.MAS buat Adeola, Shahmalarani

21 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

MAKAF tunai janji, beri ganjaran Proton e.MAS buat Adeola, Shahmalarani

Wirawati karate negara, Adeola Fay Robert dan Shahmalarani Chandran, melalui detik keemasan sekali dalam seumur hidup apabila secara rasminya menerima ganjaran yang dijanjikan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) — kenderaan elektrik Proton e-MAS selepas meraih pingat emas kumite dalam temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Kejayaan skuad karate membawa pulang dua emas dan tiga gangsa dari ichi-Nagoya menjadi indikasi awal, kem negara bakal mengekalkan dominasi di rantau ini sebelum membuka kempen baru 2027.

Pasca Sukan Asia, kem karate negara berpecah bagi menumpukan deretan kejohanan pada baki musim 2026.

Antaranya, Adeola bakal turun berakasi di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Kuala Lumpur selaku tuan rumah.

Tatkala atlet karate muda yang lain menyertai Kejohanan Sukan Dalam Dewan Dan Seni Mempertahankan Diri Asia di Riyadh, Arab Saudi pada Disember depan.

Ganjaran kenderaan elektrik daripada MAKAF menjadi suntikan tonik berharga dalam menghargai jasa dan keringat atlet negara berkorban demi lencana di dada.

 

 

 

 

 

"Sejujurnya apabila dapat melihat kereta ini di depan mata, rasa sangat beryukur. Terima kasih MAKAF.

"Senang buat saya gunakan untuk belajar dan latihan," kata Adeola kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Srikandi negara, Adeola dan Shahmalarani dikejutkan dengan kehadiran ahli keluarga di pentas utama — pada Majlis Penghargaan Atlet Karate Negara di ibu kota hari ini.

Adeola melangkah ke pentas Asia tanpa tekanan, namun mengejutkan ramai pihak dengan pingat emas pertama buat kontinjen negara menerusi acara kumite B-55kg (kilogram).

Emas kedua skuad karate kemudiannya hadir menerusi sandaran dalam acara kumite B-50kg, Shahmalarani yang menewaskan wakil Hong Kong di final yang epik.

"Saya bersyukur kerana bukan semua atlet dapat peluang ini, terima kasih presiden MAKAF. Ini memberikan semangat buat atlet lakukan lebih baik lagi, dengan temasya Sukan SEA akan datang ia memberikan kami lebih bersemangat." tambah Shahmalarani.

Sumbangan kedua karateka wanita negara ini membolehkan mereka menerima RM80,000 dan sebuah kereta e-MAS bernilai RM60,000 ribu setiap seorang.

 

Image from: MAKAF tunai janji, beri ganjaran Proton e.MAS buat Adeola, Shahmalarani

 

Image from: MAKAF tunai janji, beri ganjaran Proton e.MAS buat Adeola, Shahmalarani
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved