Kemalangan Gerik: Bedah siasat selesai, empat jenazah mangsa dibawa ke Kelantan

5 Oct 2026 • 3:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kemalangan Gerik: Bedah siasat selesai, empat jenazah mangsa dibawa ke Kelantan

TAIPING – Proses bedah siasat empat individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang terlibat kemalangan maut di Kilometer 38.5, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding, Gerik semalam selesai pada pukul 1.30 petang tadi.

Kesemua mangsa dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping hari ini setelah dibawa dari Hospital Gerik semalam.

Mangsa pertama yang selesai dibedah siasat dibawa menaiki van jenazah kira-kira pukul 9.55 pagi sebelum diikuti mangsa berikutnya pada pukul 12.30 tengah hari.

Jenazah dua lagi mangsa dibawa menaiki van secara bersama kira-kira pukul 1.30 petang. Kesemua mangsa yang beralamat di Kota Bharu, Kelantan dibawa ke negeri tersebut untuk urusan pengebumian.

Media semalam melaporkan, Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman mengesahkan identiti tiga mangsa kemalangan yang maut ialah Al Zubair Deraman, 31, Tuan Shazrin Tuan Mud, 40, dan Nik Mohamad Hafiz Daniel Nik Hairey, 19.

Bagaimanapun, identiti kanak-kanak perempuan itu tidak dapat disahkan setakat ini. Mangsa yang difahamkan mengalami kecederaan pula ialah Mohammad Shiraz Hammani Abdul Fattah, 9.

Kemalangan maut pada pukul 1.30 petang itu dipercayai berpunca daripada Perodua Axia yang hilang kawalan sebelum merempuh bahagian hadapan lori di lokasi berkenaan. Sebuah lagi kenderaan yang terlibat dalam kejadian itu ialah Proton Persona.

Sementara itu, bapa saudara kepada Allahyarham Nik Mohamad Hafiz Daniel iaitu Mohd. Yasri Yasin, 43, berkata, ketiga-tiga mangsa dewasa yang terkorban dalam insiden itu merupakan kenalan.

“Mereka bergerak dari Kelantan untuk memancing di Perak sekitar pukul 4 atau 5 pagi dan bertolak untuk pulang tengah hari semalam.

“Bagaimanapun, mereka terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang. Dua mangsa kanak-kanak difahamkan adalah anak kepada Tuan Shazrin, dengan seorang daripadanya meninggal dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kemalangan Gerik: Bedah siasat selesai, empat jenazah mangsa dibawa ke Kelantan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved