‘Setahun tidak jumpa, pukul 8 malam dapat panggilan Hospital Taiping’

5 Oct 2026 • 9:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Setahun tidak jumpa, pukul 8 malam dapat panggilan Hospital Taiping’

KOTA BHARU – Setahun tidak bertemu mata, seorang pengawal keselamatan tergamam apabila menerima berita kematian bekas isteri dan anaknya dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 38.5, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Tasik Banding, Gerik di Perak semalam.

Kemalangan kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu mengorbankan Al Zubair Deraman, 31, Nik Mohamad Hafiz Daniel Nik Hairey, 19, Tuan Shazrin Tuan Mud, 40, dan anak perempuannya, Safiyya Haura, 3.

Image from: ‘Setahun tidak jumpa, pukul 8 malam dapat panggilan Hospital Taiping’
Mohamad Sanuzi menunjukkan gambar arwah anaknya Safiyya Haura yang maut dalam nahas di Kilometer 38.5, JRTB Gerik-Jeli dekat Tasik Banding semalam. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

Seorang mangsa iaitu anak tiri kepada Allahyarham Tuan Shazrin yang bekerja sebagai tukang urut di Tanjung Piandang, Perak, Mohamad Shiraz Hammani Abdul Fatah, 9, masih koma.

Bekas suami kepada arwah Tuan Shazrin, Mohamad Sanuzi Mohd. Nawi, 33, berkata, Allahyaryam ada menghantar WhatsApp kepadanya dengan memaklumkan bahawa dia bersama anak dan anak tirinya akan pulang bercuti di Kelantan selama empat hari.

Katanya, dia sudah hampir setahun tidak bertemu dengan bekas isterinya itu selepas berpisah dengan wanita tersebut.

“Arwah ada menghantar WhatsApp memaklumkan mereka bertolak balik dari rumahnya di Tanjung Piandang ke Kelantan dengan menumpang kereta kenalan.

“Hampir 10 jam saya menunggu mereka, tetapi tiada khabar berita. Mesej juga tidak berbalas. Saya hanya mengetahui berita kematian bekas isteri dan anak kira-kira pukul 8 malam selepas menerima panggilan telefon dari Hospital Taiping,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Umari, Mukim Telaga Bata, Sering di sini hari ini.

Mohamad Sanuzi memberitahu, pihak hospital turut memaklumkan Mohamad Shiraz mengalami patah tangan, patah paha, pendarahan dalam kepala dan masih koma.-KOSMO! ONLINE.

The post ‘Setahun tidak jumpa, pukul 8 malam dapat panggilan Hospital Taiping’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved