'Jangan kedekut dengan ibu bapa...' Ziana Zain anggap berbuat baik kepada orang tua sebagai rahmat, terharu anak 'balas jasa'

Family & ParentingLifestyle
15 May 2026 • 5:07 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Jangan kedekut dengan ibu bapa...' Ziana Zain anggap berbuat baik kepada orang tua sebagai rahmat, terharu anak 'balas jasa'

SETIAP kali menatap wajah tua ibu dan ayah, pasti terbit rasa sayu yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Mereka bukan sekadar tempat kita menumpang kasih sejak kecil, malah keramat hidup yang menjadi asbab keberkatan dalam setiap langkah yang kita atur.

Begitulah juga bagi penyanyi tersohor, Ziana Zain yang meletakkan darjat ibu bapa di tempat paling tinggi, malah menyifatkan kebaikan terhadap mereka sebagai satu kunci kebahagiaan yang tidak ternilai harganya.

Bagi pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain ini, soal berbakti kepada orang tua tidak sepatutnya timbul rasa berkira atau kedekut.

Image from: 'Jangan kedekut dengan ibu bapa...' Ziana Zain anggap berbuat baik kepada orang tua sebagai rahmat, terharu anak 'balas jasa'

Walaupun sudah mempunyai kehidupan sendiri dan tinggal di rumah berasingan, itu bukan alasan untuk melupakan kebajikan insan yang telah membesarkan kita.

Menerusi satu temu bual jujur dalam podcast KasiOnz Channel di TikTok bersama Erra Fazira dan Ezwan Zain, pelantun lagu Puncak Kasih itu berkongsi sesuatu yang cukup menyentuh hati.

Image from: 'Jangan kedekut dengan ibu bapa...' Ziana Zain anggap berbuat baik kepada orang tua sebagai rahmat, terharu anak 'balas jasa'

Kata ibu kepada empat cahaya mata tersebut, pemberian anak-anak kepada ibu bapa sebenarnya lebih kepada tanda ingatan yang tulus.

"Jangan kedekut dengan ibu bapa. Walaupun kita duduk rumah lain, sekali-sekala itu, kadang-kadang dia cakap apa yang kau beli ini? Kau ingat aku makan?

"Tapi sebenarnya itu tanda ingatan kita pada dia," ujarnya dengan nada sebak.

Situasi tersebut menjadi cerminan buat anak-anaknya untuk melakukan perkara yang sama terhadap dirinya. Sekali gus menyentuh tangkai hati Ziana.

Image from: 'Jangan kedekut dengan ibu bapa...' Ziana Zain anggap berbuat baik kepada orang tua sebagai rahmat, terharu anak 'balas jasa'

Bahkan penyanyi berusia 58 tahun itu mengakui momen indah itu ibarat satu ganjaran paling manis yang pernah diterimanya sepanjang bergelar seorang ibu.

"Masa itu, Kak Gee nangis. Saya cakap, terima kasih, nak. Anak saya cakap, tak apalah, mama selalu beli untuk atuk dan nenek.

"Saya pun cakap yelah, itu nikmat daripada nenek dan rahmat. Bagi saya, itu imbuhan yang ALLAH bagi. Itu dipanggil nikmat dan rahmat," luahnya lagi dengan penuh kesyukuran.

Apa yang pasti, setiap kebaikan yang kita tanam buat ibu bapa, pasti akan berbuah manis dalam bentuk yang tidak disangka-sangka, sama ada dalam bentuk ketenangan jiwa mahupun kebahagiaan melihat anak-anak membesar menjadi insan yang penyayang.

View Original Article