Kematian Nur Qaira Alisha: Unit Integriti KPM Diarah Ambil Tindakan Lanjut Berhubung Aduan Keluarga – Fadhlina

LocalHealth & Fitness
28 Aug 2026 • 10:29 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kematian Nur Qaira Alisha: Unit Integriti KPM Diarah Ambil Tindakan Lanjut Berhubung Aduan Keluarga – Fadhlina

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah kematian seorang murid, Nur Qaira Alisha Ahmad Ilwan yang berusia 11 tahun.

Memetik Malaysia Kini, ibu bapa Nur Qaira mendakwa seorang guru telah mengarahkan pelajar tahun empat itu menyertai acara larian sewaktu pemilihan rumah sukan pada 15 April lalu meskipun pihak sekolah telah menerima surat perubatan mengenai penyakit jantung yang dialaminya sejak usia tiga bulan.

Nur Qaira kemudiannya dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah pada 24 April lalu sebelum meninggal dunia di hospital sama.

Kisah itu nyata mendapat perhatian ramai termasuklah Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Fadhlina Arah Unit Integriti KPM Ambil Tindakan Lanjut Aduan Keluarga Nur Qaira

Semalam (27 Ogos), Fadhlina telah mengarahkan Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengambil tindakan lanjut mengenai aduan keluarga arwah Nur Qaira.

Jelasnya dalam satu hantaran di Facebook, tindakan itu perlu dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa dan berlandaskan prinsip keadilan kepada semua pihak.

Malah, Fadhlina turut memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah menjalankan siasatan mengenai aduan yang dikemukakan oleh keluarga arwah.

“Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius setiap perkara yang melibatkan keselamatan dan kebajikan murid.

“Keutamaan KPM pada masa ini adalah untuk memastikan keluarga diberikan ruang serta sokongan yang sewajarnya dalam menghadapi kehilangan ini,” katanya.

Fadhlina Turut Rakam Ucapan Takziah Kepada Keluarga Nur Qaira

Pada masa sama, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Nur Qaira.

“Saya mengikuti dengan penuh rasa dukacita pemergian Allahyarhamah anakanda Nur Qaira Alisha binti Ahmad Ilwan. Saya merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa serta seluruh keluarga atas kehilangan yang amat berat ini.

“Semoga keluarga Allahyarhamah anakanda Nur Qaira Alisha diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini,” katanya.

Nur Qaira Alami Kegagalan Jantung, Muntah Teruk & Bengkak Mata Sebelum Dimasukkan Ke Hospital

Sebelum ini, ibu Nur Qaira, Norlela Shaari menjelaskan anaknya itu dimasukkan ke hospital pada 24 April lalu selepas muntah teruk dan mengalami bengkak pada bahagian sekitar mata.

Malah jelasnya, Nur Qaira kelihatan amat letih serta turut mengadu loya selepas pulang dari sekolah susulan acara larian berkenaan.

Hasil pemeriksaan perubatan mendapati Nur Qaira mengalami kegagalan jantung akibat dekompensasi dengan kardiomiopati dilatasi.

“Selepas doktor pediatrik cardio mengesahkan ada air di selaput jantung tu menyebabkan mata dan muka dia bengkak dan tidak dibenar melakukan banyak pergerakan hanya dengan wheelchair saja dan doktor hanya benarkan Qaira minum air satu liter saja untuk mengelak bengkak berulang,” katanya yang dipetik dari Malaysia Kini.

Ibu Sifatkan Arwah Nur Qaira Seorang Anak Yang Aktif & Rajin Bersekolah

Norlela dalam satu hantaran di Facebook pada 16 Ogos lalu turut berkongsi beberapa gambar yang memaparkan keadaan Nur Qaira yang terlantar di atas katil hospital dengan bantuan alat pernafasan oksigen.

Kongsi Norlela dalam hantaran sama, dia menyifatkan anaknya itu seorang anak yang aktif dan rajin bersekolah meskipun mengalami masalah jantung sejak usia tiga bulan lagi.

Malah dakwanya lagi, tindakan seorang guru telah menyebabkan anaknya itu menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) sehingga terpaksa memakai oksigen seumur hidup.

“Satu kesilapan dari seorang guru (PPKI) walaupun sudah diberi surat pengesahan tentang penyakit yang dihadapi (Qaira).

“Tindakan guru tersebut itu mengarahkan anak saya berlari pada pemilihan rumah sukan menyebab Qaira menjadi OKU terlantar memakai oksigen seumur hidup.

“Di mana sifat perikemanusiaan guru tersebut. Anak saya ‘berdendam’ dengan cikgu tersebut. Ini hanya urusan dunia, nantikan balasan di akhirat,” dakwanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Yang Tidak Kena” – Lagi Kes Pelajar Terjatuh Di Sekolah Zara Qairina, Peguam Gesa Polis Siasat Secara Telus

Baca Artikel Berkaitan: Kematian Pelajar Tahun 4 Berpunca Akibat Tekanan Pada Leher – Polis

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved