Kemboja desak rundingan penanda sempadan dengan Thailand 

16 Nov 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kemboja desak rundingan penanda sempadan dengan Thailand 

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menggesa supaya kerja ukur dan penandaan semula sempadan bersama Thailand disambung semula ketika Sidang Kemuncak Francophonie Ke-20 yang berlangsung di Phnom Penh.

Sidang kemuncak selama dua hari yang dipengerusikan oleh Raja Kemboja, Norodom Sihamoni itu menghimpunkan pemimpin dan wakil kira-kira 20 negara termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron bagi membincangkan isu politik serta kerjasama

Menurut laporan akhbar Phnom Penh, Manet berkata, sempadan antara Kemboja dan Thailand sudah ditetapkan lebih seabad lalu dan perlu dihormati mengikut undang-undang antarabangsa.

Kemboja dan Thailand mengalami dua pusingan pertempuran sempadan berdarah tahun lalu sebelum kedua-dua negara Asia Tenggara itu bersetuju melaksanakan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 27 Disember.

Manet berkata, pertempuran berkenaan mengorbankan nyawa dan memaksa banyak keluarga meninggalkan kediaman masing-masing.

“Kira-kira 20,000 rakyat Kemboja masih belum dapat pulang ke rumah masing-masing. Kepulangan mereka dalam keadaan selamat dan bermaruah kekal menjadi keutamaan kami,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ASEAN dan rakan antarabangsa lain atas sokongan mereka dalam usaha mengekalkan gencatan senjata, menggalakkan dialog serta menghormati undang-undang antarabangsa.

“Tiada sempadan boleh diubah melalui kekerasan atau tindakan menguasai wilayah secara sepihak. Menghormati undang-undang antarabangsa menjamin keselamatan semua negara, sama ada besar atau kecil,” katanya.

Manet turut mencadangkan penubuhan mekanisme dalam komuniti Francophonie bagi membantu mencegah konflik dan menggalakkan penyelesaian secara aman.

“Saya mencadangkan penubuhan rangkaian pencegahan dan pengantaraan Francophonie. Atas permintaan negara anggota, rangkaian itu boleh membantu menggalakkan dialog sebelum keganasan tercetus,” katanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dalam ucapan menerusi rakaman video kepada sidang kemuncak itu turut menggesa lebih banyak pelaburan dalam keamanan dengan menekankan kepentingan diplomasi, penghormatan terhadap undang-undang serta pembaharuan sistem kewangan antarabangsa.-AGENSI

The post Kemboja desak rundingan penanda sempadan dengan Thailand  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved