Kemelut MB Negeri Sembilan: BN serah kepada proses yang sedang berjalan

LocalPolitics
18 Nov 2026 • 11:05 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kemelut MB Negeri Sembilan: BN serah kepada proses yang sedang berjalan

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) berharap kemelut pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu dapat diselesaikan mengikut proses yang sepatutnya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau juga tidak mahu membuat sebarang kenyataan yang boleh disalah tanggap sebaliknya menyerahkan kepada proses yang sedang berjalan.

“Kita harap apa yang berlaku dan proses-proses berjalan dengan baik sajalah ya. Saya rasa kita tak perlu lagi merumitkan,” katanya ketika ditemui pada Festival Of Idea (FOI) Putrajaya 2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dijadikan ‘kambing hitam’ dalam kemelut yang berlaku ketika ini.

Sebelum ini, anak Ismail, Naim Ismail mendakwa bapanya seolah-olah dijadikan kambing hitam dalam kemelut yang melanda Negeri Sembilan biarpun sudah mematuhi setiap arahan parti.

Menurutnya, beliau turut mempersoalkan tindakan BN yang mengeluarkan kenyataan mengenai peletakan jawatan bapanya.

Sebelum ini, Ismail dikatakan telah mengutus surat perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan berkuatkuasa 16 November lalu.

Bagaimanpun, pihak Istana Negeri Sembilan menegaskan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selain memaklumkan Ismail telah dijadualkan menghadap baginda pada 20 November ini.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan satu nama calon Menteri Besar baharu telah dikemukakan kepada istana, namun keputusan akhir tertakluk kepada budi bicara dan perkenan baginda.

Ismail yang berusia 67 tahun telah dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos tahun ini selepas BN dan Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 pada 1 Ogos lalu. – UTUSAN

The post Kemelut MB Negeri Sembilan: BN serah kepada proses yang sedang berjalan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved