Pernah tak rasa tak puas selagi tak kunyah ais dalam gelas?
Air dah habis. Tapi ais tu yang kita tunggu. Krup, krap. Satu lepas satu. Sampai orang sebelah tegur, “Gigi tak ngilu ke?”
Kalau sesekali, tak ada apa. Tapi kalau keinginan tu kuat, hari-hari, dan susah nak tahan, ada nama untuknya.
Pagophagia.
.
Pagophagia ialah idaman yang kuat dan berterusan untuk mengunyah ais. Ia sejenis pica, iaitu keinginan makan benda yang bukan makanan biasa.
Menurut pakar, punca paling biasa ialah kekurangan zat besi atau anemia kekurangan zat besi. Satu kajian mendapati kira-kira 16 peratus pesakit anemia kekurangan zat besi ada keinginan kuat untuk kunyah ais. Lebih kurang 1 dalam 6 orang.
Kenapa ais? Sebabnya belum jelas sepenuhnya. Ada pengkaji mencadangkan mengunyah ais membuatkan orang yang anemia rasa lebih segar dan cerdas.
Yang menarik, bila kekurangan zat besi dirawat, keinginan ni selalunya cepat berkurang, kadang-kadang sebelum paras hemoglobin naik pun.
.
Anemia mudah terlepas pandang. Tanda yang selalu datang bersama ialah cepat penat, kulit pucat dan sakit kepala. Ibu mengandung juga lebih mudah alami idaman begini.
Gigi pula jadi mangsa. Kunyah ais boleh merosakkan enamel, meretakkan gigi dan tampalan, malah merengsakan gusi.
Tapi zat besi bukan satu-satunya punca. Mulut kering dan stres juga boleh buat seseorang suka kunyah ais. Sebab itu jawapannya bukan teka sendiri.
.
Kalau anda atau orang rumah memang ketagih kunyah ais berminggu-minggu, pergi klinik dan minta doktor periksa darah, termasuk hemoglobin dan paras zat besi.
Kadang-kadang badan bercakap melalui benda paling kecil.
Termasuk seketul ais.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.






