Kenapa Semua Ikut, Tak Potong? Rupanya Ini Fungsi ‘Safety Car’ Dalam F1

4 Oct 2026 • 5:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kenapa Semua Ikut, Tak Potong? Rupanya Ini Fungsi ‘Safety Car’ Dalam F1

Sedang seronok menonton aksi Formula 1 (F1), tiba-tiba sebuah kereta masuk ke litar dan bergerak di hadapan barisan pelumba. Jentera yang tadi saling memotong pula mula memperlahankan kelajuan dan beratur di belakangnya.

Bagi penonton baharu, situasi ini mungkin menimbulkan persoalan. Kenapa kereta itu berada di tengah perlumbaan dan mengapa semua pelumba perlu mengikutnya?

Fungsi Safety Car Dalam F1

Kereta yang kelihatan seperti ‘pengiring’ itu dikenali sebagai Safety Car atau kereta keselamatan. Kehadirannya mempunyai peranan penting untuk memastikan keadaan di litar terkawal apabila berlaku bahaya.

Memperlahankan perlumbaan demi keselamatan

Image from: Kenapa Semua Ikut, Tak Potong? Rupanya Ini Fungsi ‘Safety Car’ Dalam F1

Safety Car digunakan apabila terdapat bahaya di litar, tetapi keadaan masih membolehkan jentera bergerak tanpa perlumbaan dihentikan sepenuhnya.

Dengan memperlahankan dan mengumpulkan barisan pelumba, petugas litar atau marshal mempunyai ruang lebih selamat untuk menjalankan tugas, termasuk menguruskan kawasan insiden.

Pelumba perlu beratur di belakangnya

Apabila Safety Car berada di litar, isyarat lampu serta arahan kepada pasukan memaklumkan pelumba supaya berbaris di belakangnya.

Pelumba tidak boleh sesuka hati memotong kereta keselamatan tersebut. Dalam keadaan tertentu, isyarat hijau diberikan untuk membenarkan jentera melepasinya mengikut prosedur yang ditetapkan.

Jarak jauh boleh kembali rapat

Image from: Kenapa Semua Ikut, Tak Potong? Rupanya Ini Fungsi ‘Safety Car’ Dalam F1

Kehadiran Safety Car juga boleh mengubah persaingan. Apabila jentera berkumpul di belakangnya, jurang yang dibina oleh pelumba di hadapan boleh mengecil.

Pada masa sama, pasukan perlu segera menilai sama ada mahu mengambil peluang menukar tayar. Sebab itulah kemunculan Safety Car sering disusuli perbincangan strategi melalui radio pasukan

Walaupun kelajuan berkurang, pelumba masih perlu menjaga keadaan jentera. Suhu tayar boleh menurun ketika mengikuti Safety Car, sekali gus menjejaskan cengkaman.

Baca juga:

Keadaan ini menjadikan permulaan semula perlumbaan mencabar kerana pelumba perlu menilai tahap cengkaman sebelum kembali memecut dan menyerang selekoh.

Pernah memimpin selama 19 pusingan

Fakta menarik, Safety Car pernah berada di hadapan barisan pelumba selama 19 pusingan berturut-turut ketika perlumbaan di Fuji pada 2007.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved