Kenyataan UMNO boleh jejas kestabilan politik negara – Anthony Loke

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 4:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kenyataan UMNO boleh jejas kestabilan politik negara – Anthony Loke

SUNGAI BULOH: Kestabilan politik negara, keyakinan pelabur dan orang ramai dikhuatiri terjejas susulan kenyataan agresif pihak tertentu dalam parti komponen kerajaan yang dilihat tidak sehaluan dengan Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkembangan itu dipandang serius Pakatan Harapan (PH), khususnya susulan cabaran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya parti itu dikeluarkan daripada kerajaan.

Katanya, dakwaan bahawa UMNO mampu mentadbir negara dengan lebih baik berbanding Perdana Menteri turut menimbulkan persoalan mengenai kesepakatan parti-parti komponen dalam kerajaan.

“Beberapa kenyataan yang dibuat sudah tentu tidak baik dari segi kepastian politik dan kestabilan politik di negara ini.

“Parti-parti komponen dalam kerajaan nampaknya tidak menuju ke arah yang sama. Ini sesuatu yang tidak memberi keyakinan kepada pelabur dan orang ramai.

“Justeru, ini perkara yang saya fikir Perdana Menteri mesti jelaskan kepada semua parti komponen,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pusat Pemeriksaan M.V.15 CARSOME Academy di Sungai Buloh, hari ini.

Anthony berkata, beliau akan mencadangkan supaya satu mesyuarat khas PH diadakan sebaik sahaja Perdana Menteri selesai lawatan rasmi ke luar negara bagi membincangkan perkembangan politik terkini.

“Sudah tentu kami memandang semua perkembangan ini dengan serius.

“Saya pasti akan meminta Perdana Menteri mengadakan mesyuarat dalam PH untuk meneliti dan membincangkan perkembangan terkini ini,” katanya.

Menurutnya, persoalan berkaitan dasar dan cabaran politik semasa wajar dijawab sendiri Perdana Menteri selepas pulang ke tanah air.

“Kalau nak dapat komen atau reaksi orang yang sepatutnya, kena tanya Perdana Menteri. Sekarang beliau ada di India, selepas itu ke Maldives. Tunggu selepas beliau habis lawatan ke luar negara,” katanya.

Terdahulu, Anthony yang juga Menteri Pengangkutan merasmikan pusat pemeriksaan M.V.15 pertama di Malaysia yang berteraskan institusi akademi di CARSOME Academy, Sungai Buloh. – UTUSAN

The post Kenyataan UMNO boleh jejas kestabilan politik negara – Anthony Loke appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved