Loke cadang mesyuarat Majlis Presiden PH bincang perkembangan politik terkini

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 10:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Loke cadang mesyuarat Majlis Presiden PH bincang perkembangan politik terkini

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mencadangkan mesyuarat Majlis Presiden PH diadakan bagi membincangkan perkembangan politik susulan Perhimpunan Agung UMNO.

SUNGAI BULOH: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata akan mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan perkembangan terkini politik susulan kenyataan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata kenyataan itu menimbulkan kebimbangan berhubung kepastian dan kestabilan politik negara yang berpotensi menjejaskan keyakinan pelabur serta orang ramai.

“Sudah tentu kami melihat semua perkembangan ini dengan perhatian dan pertimbangan serius. Saya pasti akan meminta Perdana Menteri mengadakan mesyuarat Majlis Presiden PH untuk meneliti dan membincangkan perkembangan terkini sebaik sahaja beliau pulang dari luar negara. 

“Beberapa kenyataan yang dibuat tidak baik dari segi kepastian dan kestabilan politik negara, seolah-olah parti komponen dalam kerajaan tidak menuju ke arah yang sama. Jadi perkara ini tidak memberi keyakinan kepada pelabur dan orang ramai. Perdana Menteri juga perlu memperjelas perkara ini dengan semua parti komponen,” katanya.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pemeriksaan Kenderaan M.V.15 CARSOME Academy di hab pengedar CARSOME di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan yang dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini yang menyentuh kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan.

Semasa ditanya sama ada PH akan meminta penjelasan berhubung kedudukan BN atau cabaran yang dikeluarkan oleh kepimpinan UMNO, Loke berkata sebarang maklum balas rasmi peringkat tertinggi sepatutnya datang secara terus daripada Perdana Menteri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved