Kepala botak, baju hijau petunjuk 10 pendatang lari Depot Imigresen

24 Aug 2026 • 8:13 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kepala botak, baju hijau petunjuk 10 pendatang lari Depot Imigresen

KOTA BHARU, 24 OGOS: Pakaian hijau terang dan berkepala botak antara ciri fizikal 10 pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Imigresen Tanah Merah dan kini dikesan pihak berkuasa.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan mereka dipercayai masih memakai pakaian tahanan yang digunakan di depot berkenaan selain mempunyai nombor pengenalan dicetak pada pakaian, antaranya 18101 dan 18802.

“Lokasi terakhir kesemua pendatang itu dikesan ialah di Bukit Tebu, Tanah Merah dan orang awam diminta menyalurkan maklumat sekiranya terserempak atau mengetahui keberadaan mereka.

“Daripada 10 pendatang berkenaan, tujuh merupakan warga Thailand manakala masing-masing seorang warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya,” menurut hantaran itu.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan tidak mengambil sebarang tindakan sendiri sekiranya mengenal pasti mana-mana individu yang mempunyai ciri berkenaan sebaliknya segera menghubungi pihak berkuasa.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada DCC Tanah Merah menerusi talian 09-955 6222 (Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah), 09-955 6223 (Balai Polis Tanah Merah) atau WhatsApp 011-2955 5518.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kesemua pendatang berada di bawah tahanan Jabatan Imigresen Kelantan dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu serta mengesan mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved