Keperluan penduduk jadi asas MBPJ rangka Belanjawan 2027

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 4:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Keperluan penduduk jadi asas MBPJ rangka Belanjawan 2027

PETALING JAYA, 27 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang mengumpul maklumat mengenai keperluan dan keutamaan penduduk bagi menentukan fokus serta perancangan Belanjawan 2027.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Yazid Sairi berkata aspek kebajikan serta keperluan penduduk menjadi antara perkara yang diberi perhatian bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan menjelang tahun depan.

Image from: Keperluan penduduk jadi asas MBPJ rangka Belanjawan 2027
Datuk Bandar Petaling Jaya Dato' Mohd Yazid Sairi bercakap kepada media selepas Mesyuarat Penuh MBPJ di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya pada 27 Ogos 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Proses ini akan dilihat secara menyeluruh di seluruh kawasan di Petaling Jaya dan tidak tertumpu kepada zon-zon tertentu sahaja.

“Tumpuan memang diberikan kepada keperluan masyarakat, yang mana kalau kita nampak ada kekurangan, kita akan tambah baik menjelang 2027,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Penuh MBPJ dan Majlis Akuan Terima Jawatan Ahli Majlis di sini hari ini.

Mohd Yazid berkata MBPJ turut akan menambah baik dasar serta pelaksanaan sedia ada bagi memastikan mutu perkhidmatan kepada penduduk terus dipertingkatkan.

“MBPJ memang menjadi rujukan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain di Malaysia, malah turut mendapat perhatian pihak luar negara oleh cara kita bekerja dan sering menjadi penanda aras,” katanya.

Beliau berkata MBPJ akan terus menilai kekurangan yang dikenal pasti dan mengambil langkah penambahbaikan bersesuaian bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada masyarakat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved