Keputusan Terkini Piala Dunia 2026 mencatatkan skor daripada pasukan Mexico menewaskan Afrika Selatan 2-0 dan Korea menang menentang pasukan Republik Czech (2 – 1).
Bagi memastikan anda tidak terlepas satu pun aksi di Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico, kami akan mengemas kini keputusan terkini Piala Dunia 2026 secara langsung di sini.
Jangan lupa kongsikan dan save artikel ini untuk rujukan pantas anda setiap hari!
Keputusan Terkini Perlawanan Piala Dunia 2026 – Hari Pertama
HARI PERTAMA | 12 JUN 2026, JUMAAT
- MEXICO (2) vs (0) SOUTH AFRICA
- Penjaring Gol: Julián Quiñones (m-8) dan Raúl Jiménez (m-66)

2. KOREA REPUBLIC (2) vs (1) CZECHIA
- Selepas separuh masa pertama terikat tanpa gol, Republik Czech mendahului menerusi Ladislav Krejčí (m-58) sebelum Korea Selatan bangkit menerusi gol Hwang In-beom (m-66) dan gol kemenangan Oh Hyeon-gyu (m-79).

Kedudukan Carta Mata Kumpulan Piala Dunia 2026
Berikut ialah keputusan perlawanan 12 Jun 2026 Piala Dunia FIFA 2026:

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2026
Jangan terlepas aksi sengit seterusnya pada hujung minggu ini yang dijadualkan berlangsung berikut:
13 Jun (Sabtu)
| Waktu | Kumpulan | Perlawanan | Lokasi |
|---|---|---|---|
| 1:00 Pagi | B | Canada vs Bosnia and Herzegovina | Toronto Stadium |
| 7:00 Pagi | D | United States vs Paraguay | Los Angeles Stadium |
14 Jun (Ahad)
| Waktu | Kumpulan | Perlawanan | Lokasi |
|---|---|---|---|
| 2:00 Pagi | B | Qatar vs Switzerland | San Francisco Bay Area Stadium |
| 5:00 Pagi | C | Brazil vs Morocco | New York New Jersey Stadium |
| 8:00 Pagi | C | Haiti vs Scotland | Boston Stadium |
| 11:00 Pagi | D | Australia vs Turkey | BC Place Vancouver |
Jadual Siaran Langsung Penuh Piala Dunia 2026 RTM
Berikut ialah Jadual Siaran Langsung Penuh Piala Dunia FIFA 2026 yang disiarkan oleh RTM:




NOTA: Jadual tertakluk kepada perubahan semasa.
Jadual Piala Dunia 2026 Mengikut Waktu Malaysia
Semua waktu perlawanan dalam jadual ini telah ditukar kepada Waktu Malaysia (MYT, UTC+8) bagi memudahkan rujukan peminat tempatan.
Oleh kerana Piala Dunia 2026 berlangsung di beberapa bandar di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, perbezaan masa bergantung kepada zon waktu lokasi perlawanan.
Berikut ialah perbezaan masa antara Malaysia dan zon waktu yang digunakan oleh bandar tuan rumah:
| Zon Waktu Tuan Rumah | Perbezaan Dengan Malaysia |
|---|---|
| Eastern Time (EDT, UTC-4) | Malaysia 12 jam lebih awal |
| Central Time (CDT, UTC-5) | Malaysia 13 jam lebih awal |
| Mountain Time (MDT, UTC-6) | Malaysia 14 jam lebih awal |
| Pacific Time (PDT, UTC-7) | Malaysia 15 jam lebih awal |
Disebabkan Malaysia berada beberapa jam lebih awal daripada negara tuan rumah, banyak perlawanan akan jatuh pada tarikh berikutnya mengikut waktu Malaysia. Sebagai contoh:
- 11 Jun 2026, 8:00 malam EDT → 12 Jun 2026, 8:00 pagi MYT
- 11 Jun 2026, 8:00 malam PDT → 12 Jun 2026, 11:00 pagi MYT
Oleh itu, peminat disarankan untuk merujuk tarikh dan masa yang telah ditukar kepada Waktu Malaysia (MYT) bagi mengelakkan kekeliruan, terutama bagi perlawanan yang berlangsung pada waktu malam di Amerika Utara kerana kebanyakannya akan disiarkan pada keesokan hari di Malaysia.
Cara Menonton Piala Dunia 2026 Di Malaysia
Anda juga boleh menonton siaran langsung FIFA World Cup 2026 melalui gabungan saluran TV berbayar, TV percuma dan platform penstriman rasmi.
- RTM (TV1/TV2/TV Okey)
- MyTV
- RTM Klik (sebahagian besar aksi sama ada secara langsung atau siaran tertunda mengikut jadual ditetapkan).
- Unifi TV (semua 104 perlawanan)
- Aplikasi MyGOV



Tips Untuk Tidak Terlepas Perlawanan Penting Piala Dunia 2026
Dengan kebanyakan perlawanan berlangsung pada lewat malam atau awal pagi mengikut Waktu Malaysia (MYT), peminat disarankan untuk membuat persediaan lebih awal.
Antara cara yang boleh dilakukan ialah menyimpan jadual perlawanan, menetapkan peringatan pada telefon, atau menggunakan aplikasi bola sepak yang menawarkan notifikasi masa nyata.
Selain itu, anda juga boleh menandakan perlawanan pilihan dalam kalendar supaya lebih mudah merancang waktu menonton sepanjang Piala Dunia 2026 berlangsung.
Soalan Lazim Keputusan Terkini Piala Dunia 2026
Berapakah jumlah pasukan yang bertanding?Sebanyak 48 buah negara layak bertanding, meningkat berbanding 32 pasukan sebelum ini.
Bagaimanakah format kumpulan dijalankan?Pasukan dibahagikan kepada 12 kumpulan (Kumpulan A hingga L) yang mengandungi 4 pasukan bagi setiap kumpulan
Berapakah jumlah keseluruhan perlawanan?Sebanyak 104 perlawanan akan dimainkan sepanjang kejohanan ini.
Bagaimana cara pasukan mara ke pusingan kalah mati?Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan bersama 8 pasukan tempat ketiga terbaik (jumlah 32 pasukan) akan mara ke pusingan kalah mati (Peringkat 32).
Di manakah peminat boleh menonton perlawanan secara rasmi?Peminat bola sepak di Malaysia boleh menonton kesemua 104 perlawanan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), aplikasi MyGOV dan Unifi TV.
Saluran RTM manakah yang menyiarkan Piala Dunia FIFA 2026 ini?Anda boleh mengikuti siaran menerusi platform MYTV di saluran TV Okey (Saluran 110) dan Sukan+ (Saluran 111), serta penstriman digital di aplikasi RTMklik.



