Kerajaan Akan Meminda Akta Pengangkutan Jalan – PM Anwar

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 5:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kerajaan Akan Meminda Akta Pengangkutan Jalan – PM Anwar

Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa kemalangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan antara usaha lebih tegas bagi menangani kes kemalangan jalan raya melibatkan pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah.

Beliau berkata, sebanyak 28 kes kematian akibat pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah direkodkan sehingga Ogos tahun ini.

Dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya, kerajaan turut mewajibkan pemasangan sistem telematik pada kenderaan perdagangan bagi memantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko, termasuk menghubungkannya dengan alat pengesan alkohol sebelum perjalanan dimulakan.

Pelaksanaan secara sukarela akan dijalankan sehingga 2027 sementara kerajaan membangunkan pangkalan data pemandu bagi tujuan penguatkuasaan.

Selain itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menyediakan baucar pemeriksaan kesihatan kepada pemandu kenderaan perdagangan bagi mengesan risiko kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan memandu.

Dalam perkembangan berkaitan, peruntukan bagi mempercepat pelaksanaan projek kecil seperti membaiki jalan berlubang melalui peranan Jurutera Daerah ditingkatkan kepada RM40 juta.

Kerajaan turut menyediakan RM2.5 bilion bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan, termasuk hampir RM800 juta khusus untuk kontraktor Gred G1 hingga G4. Sebanyak RM5.7 bilion pula disediakan melalui dana Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi penyelenggaraan jalan negeri.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia akan membina 15 tempat berteduh motosikal, memasang 70 kamera litar tertutup (CCTV) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan menyediakan 50 kemudahan pengecasan kenderaan elektrik di lokasi strategik.

Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Anwar hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved