
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, beras merupakan antara keperluan penting di Malaysia kerana rata-rata rakyat di negara ini menjadikan nasi sebagai makanan utama.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun yang lalu, negara menghadapi masalah stok beras putih tempatan (BPT) di pasaran menyebabkan orang ramai terpaksa beralih membeli beras import yang lebih mahal.
Susulan itu, Perdana Menteri sebelum ini menegaskan cara penguatkuasaan dan pemantauan bagi menangani isu ini perlu diubah supaya pelaksanaannya dapat memastikan kelangsungan edaran BPT dalam pasaran.
Kerajaan beri jaminan bekalan BPT tak akan ‘ghaib’ dari pasaran
Terbaharu, kerajaan memberi jaminan bekalan beras tempatan bersubsidi yang akan dijual mulai 1 Mac ini tidak akan ‘ghaib’ dari pasaran.
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, pihaknya mempunyai mekanisme memastikan setiap kampit beras dijual sampai kepada pengguna yang disasarkan.
“Dari segi kawalan, kita menggunakan dua lapisan iaitu pertama secara organik iaitu pemantauan serta penguatkuasaan dan kita ada Agensi Regulatori dan Penguatkuasaan Agro Makanan Malaysia (MAREA) yang baru ditubuhkan dan diluluskan oleh Kabinet pada 7 Februari lalu.
“Kedua menggunakan sistem pengesanan beras secara digital yang mana sistem ini akan mengesan, menjejak setiap kampit beras yang dijual, ke mana beras itu pergi, ke destinasi A atau destinasi B,” katanya dipetik Berita Harian.
Guna AI untuk sistem mengesan beras yang dijual kepada pengguna
Beliau bagaimanapun tidak boleh memperincikan mengenai penggunaan sistem mengesan beras yang dijual kepada pengguna, namun pihaknya akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
“Apa yang saya boleh cakap, sistem ini boleh menjejak dan mengesan setiap manipulasi yang cuba dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan ini kita menggunakan kemajuan teknologi AI.
“Kita ada ‘war room’ beroperasi 24 jam dan dengan sistem AI membantu buat ‘tracing and tracking’ (penjejakan dan pengesanan), maka (kita yakin) subsidi ini akan menitik terus kepada kumpulan sasar,” katanya lagi.
Source:

![Penuh Nutrisi, Ceddy & Dr Soo Wincci Kongsi Resipi Bebola Kurma Untuk Sahur Dan Berbuka [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cooking.jpeg)



![“Realiti Makanan Viral” – Peniaga Nachos Kongsi Suasana Gerai Tak Ramai Orang Curi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)