Wanita Dakwa Terpaksa Tamatkan Polisi Insurans Selepas Caruman Naik Hampir RM300 Sebulan

Business & FinancePersonal Finance
25 Feb 2025 • 4:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Umum mengetahui insurans perubatan merupakan salah satu polisi yang sering diambil oleh orang ramai untuk mendapatkan perlindungan kesihatan.

Ini kerana, kesihatan atau sebarang insiden merupakan satu perkara yang tidak boleh dijangka bila ia akan berlaku.

Oleh itu dengan adanya insurans ia membuatkan segelintir individu boleh bernafas lega apabila mereka boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di swasta tanpa perlu bimbang mengenai kosnya.

Wanita luah kecewa dakwa terpaksa tamatkan polisi insurans kerana caruman semakin mahal

Baru-baru ini, tular satu tangkap layar di X mengenai luahan seorang wanita yang kecewa apabila dia terpaksa menamatkan polisi insurans takaful disebabkan caruman yang terlalu mahal.

Dalam hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna X, wanita itu meluahkan kekecewaannya menerusi ruangan komen dipercayai di Facebook.

Hanya guna untuk pembedahan kecil dan demam denggi

Jelas wanita itu dia mengambil plan insurans perubatan takaful yang mempunyai kad medikal. Setakat ini dia hanya menggunakannya untuk menjalani pembedahan kecil untuk mata serta demam denggi.

“Pada mulanya caruman premium cuma dalam RM200 sebulan. (Sejak 2009) apabila umur meningkat 55 lebih, caruman naik kepada RM500 lebih. Bila umur persaraan, caruman bertambah kepada RM750 lebih.

“Tahun lepas insurans kata terpaksa dinaikkan kepada RM1,056 sebulan. Saya rasa ini dah melampau. Mereka sepatutnya melihat kepada berapa banyak kita gunakan takaful,” luahnya.

Malah dia mendakwa ada meminta pihak berkenaan untuk memberi pertimbangan namun ianya ditolak dan menyebabkan dia terpaksa untuk menamatkan polisi berkenaan.

Rasa tak masuk akal untuk bayar sehingga RM1,000

Bukan hanya itu, dia juga merasakan ia satu perkara yang tidak masuk akal apabila perlu membayar lebih RM1,000 untuk caruman berkenaan.

Luahan wanita itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang turut berkongsi pandangan serta pengalaman mereka.

Ada yang mengatakan sekiranya tidak sakit, mereka akan bertindak untuk menamatkan polisi terbabit dan mengambil plan baharu.

Namun perkara itu akan membuatkan pengguna terpaksa menunggu selama dua tahun untuk tempoh polisi matang selain gagal mendapatkan pembiayaan bagi penyakit sedia ada.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman berdepan perkara sama dan ada yang tidak pernah membuat sebarang tuntutan namun terpaksa bayar mahal.

Ada juga yang berpendapat caruman sebanyak RM1,000 adalah terlalu banyak dan lebih baik sekiranya ia disimpan sendiri.

“Kalau tak ambil takaful, kena beratur hospital kerajaan berbulan-bulan untuk penyakit kritikal..”

image is not available

“Saya rasa banyak je pilihan takaful syarikat yang baru mula promosi bukan melalui ejen. Mungkin anda semua boleh cuba, namun dari segi proses tuntutan mungkin perlu gunakan customer service ke macam mana…”

image is not available

“Semakin tua, semakin tinggi risiko untuk sakit, semakin mahal lah premium.”

image is not available