
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak belakangan ini, ada sahaja makanan baharu yang muncul dalam pasaran bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Buat penggemar atau si kaki makan, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba makanan viral ini.
Antara yang pernah mendapat perhatian adalah Cromboloni, Kek Tapak Kuda, Wanpaku Sandwich, Soft Cookies dan Nachos Loaded.
Namun entah mengapa, kebanyakan makanan viral ini dilihat semakin kurang mendapat sambutan.
Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Bawa Nachos Sendiri Tapi Peniaga Caj RM15 Untuk Sos & Inti Curi Perhatian [Video]
Pelanggan Ramai & Siap Beratur Ketika Produk Jadi Viral
Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang peniaga yang berkongsikan keadaan terkini jualan Nachos Loaded miliknya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nachos.loaded.ganu, pengguna berkenaan membuat perbandingan ketika produk tersebut menjadi viral dan realitinya pada masa kini.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat sambutan pelanggan terhadap produk jualan itu amat memberangsangkan pada satu ketika dahulu.
Malah, kesemua mereka dilihat sanggup beratur panjang dan berpayung dalam hujan semata-mata mahu mendapatkan makanan viral yang dijual melalui bonet kereta itu.
Pelanggan Dah Mula Kurang Membeli
Namun, sambutan hangat sebegitu dipercayai hanya bertahan sementara.
Ini kerana kini, tiada seorang pun pelanggan yang dilihat beratur sama seperti ketika produk berkenaan mula menjadi viral.
“Masa viral vs sekarang 🥹,” pengguna berkenaan di ruang kapsyen.
Difahamkan, pengguna berkenaan menjalankan perniagaan Nachos Loaded berhampiran Waterfront Pulau Kambing, Kuala Terengganu bermula jam sembilan malam sehingga habis.
masa viral vs skarang 🥹🥹
Hantaran Undang Pelbagai Reaksi Dari Pengguna Media Sosial
Video yang telah mendapat lebih 221,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat situasi tersebut.
Ada yang berpendapat itulah realiti yang terpaksa dihadapi oleh peniaga makanan viral kerana bagi mereka produk sebegitu hanya dapat bertahan sementara.
Malah, ada yang turut memberi contoh produk viral terdahulu seperti Aiskrim Pasu dan Pisang Goreng Cheese yang kini telah dilupakan.
Namun, ada pula yang menyokong dan memuji peniaga itu kerana berani mengambil risiko menjual produk berkenaan.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Makanan Viral Ni Memang Hype Sekejap Je, Mostly Semua Beli Sekali & Tak Repeat”

“Benda Viral Mesti Sekejap Je, Lepas Tu Jadi Sunyi, Macam Saya Dululah”

“Saya Seronok Tengok Perniagaan Orang Melayu Berjaya, Bila Suram Macam Ini, Saya Tumpang Bersedih”

“Famous Sekejap Je, Macam Pisang Goreng Cheese”

“Bila Meniaga Makanan Viral Kena Fikir Marketing Seterusnya Sebab Makanan Viral Hype Dia Sekejap Je”

Baca Artikel Berkaitan: Trend Makanan Viral: Pakar Nasihat Jangan Terjebak Sindrom ‘Takut Ketinggalan’
Baca Artikel Berkaitan: “Benda Viral Boleh Pula” – Ramai Persoal Lihat Pelanggan Beratur Panjang Semata-mata Nak Beli Mekap
Source:

![Penuh Nutrisi, Ceddy & Dr Soo Wincci Kongsi Resipi Bebola Kurma Untuk Sahur Dan Berbuka [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cooking.jpeg)



![Kerajaan Jamin Stok Beras Tempatan Tidak Akan ‘Ghaib’ Di Pasaran [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)
![Gelagat Comel Pelajar Perempuan Sanggup Dukung Kawan Sebab Tak Nak Kena Tinggal Buat Ramai Geli Hati [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)