Kerajaan Negeri hargai 11 persatuan veteran Sabah

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 10:26 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kerajaan Negeri hargai 11 persatuan veteran Sabah

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri terus menghargai jasa serta pengorbanan anggota keselamatan menerusi penyampaian sumbangan kepada 11 persatuan veteran.

Sumbangan Kerajaan Negeri berkenaan disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman sempena Majlis Kesyukuran Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang julung kali diadakan di Masjid Negeri Sabah pada Jumaat.

Penerima sumbangan ialah Persatuan Veteran ATM Negeri Sabah, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia, Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Cawangan Sabah, Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah dan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan Sabah.

Turut menerima sumbangan ialah Persatuan Veteran Paskal Wilayah Sabah, Persatuan Veteran Jurulatih Diraja Sabah, Kelab Sukan Veteran Angkatan Tentera Sabah, Persatuan Veteran Kor Risik Malaysia Cawangan Sabah, Persatuan Bekas Polis Malaysia serta Persatuan Pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah.

Seramai 1,500 tetamu terdiri daripada pemimpin kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri, anggota agensi keselamatan serta veteran hadir ke majlis berkenaan.

Terdahulu ketibaan Tun Musa pada pukul 6.20 petang disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta  ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri.  Tun Musa dan Hajiji kemudiannya menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum mengikuti bacaan surah Yasin dan tahlil serta menunaikan solat Isyak yang dipimpin Imam Besar Masjid Negeri Sabah Ustaz Suhaidi Kuanting.

Doa selamat dan tazkirah khas pula disampaikan Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Ustaz Bungsu @Aziz Jaafar sebelum diteruskan dengan majlis penyampaian sumbangan dan jamuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved