Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2026 • 8:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

ALOR SETAR – Kerajaan berhasrat untuk menambah peruntukan kepada usahawan kecil dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada bulan depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu penting dalam membantu golongan tersebut mendapatkan peralatan diperlukan untuk meningkatkan kapasiti dan pendapatan perniagaan mereka.

“Saya sebenarnya sangat terharu kerana mereka ini (usahawan kecil) sangat berterima kasih dengan bantuan yang kita berikan.

“Apabila mereka jumpa saya walaupun dapat bantuan kecil, ada yang dapat RM1,800 tetapi mereka sampai menangis-nangis bila jumpa saya, berterima kasih dengan saya.

“Dalam Belanjawan kita bulan depan, insya-Allah saya nak tambah peruntukan untuk usahawan kecil macam ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah di Dewan Kompleks Persekutuan Muadzam Shah, di sini hari ini.

Kata beliau, bantuan itu tidak memerlukan peruntukan besar, sebaliknya apa yang penting ialah bantuan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Dia (peniaga) dah buat kuih sudah 10 tahun tetapi pendapatan setakat itu sahaja sebab peralatan boleh masak setakat itu sahaja, jadi kita beli (peralatan baharu). Dia tengok dua bulan lagi berapa pendapatan dan naik pendapatannya, ahamdulillah,” ujarnya.

Tambahnya, proses penyaluran bantuan perlu dipermudah supaya usahawan dapat menerimanya dengan segera tanpa melalui terlalu banyak peringkat. – KOSMO! ONLINE

The post Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved