Kerajaan tangguh bayaran balik PTPTN bagi peminjam bergaji RM2,500 ke bawah mulai 2027

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:44 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kerajaan tangguh bayaran balik PTPTN bagi peminjam bergaji RM2,500 ke bawah mulai 2027 Image from: Kerajaan tangguh bayaran balik PTPTN bagi peminjam bergaji RM2,500 ke bawah mulai 2027 liza09/10/2026 - 16:44 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Okt – Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam berpendapatan RM2,500 sebulan dan ke bawah mulai 2027.

 

Selain itu, Kerajaan juga menetapkan bayaran balik minimum RM50 sebulan bagi peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu dijangka memanfaatkan lebih 400,000 peminjam PTPTN, sekali gus membantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah.

 

“Kerajaan turut bersetuju memberikan diskaun sebanyak 10% kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik pinjaman secara teratur.

 

“Selain itu, kerajaan akan memberikan potongan cukai kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja masing-masing,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

 

Insentif berkenaan meliputi bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua tahun, bermula 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028.

 

Langkah itu mencerminkan usaha kerajaan memperkukuh sokongan kepada peminjam PTPTN, khususnya golongan berpendapatan rendah, di samping menggalakkan pembayaran balik pinjaman secara konsisten melalui insentif kepada peminjam dan majikan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved