
PETALING JAYA – Penampilan mewah tidak menghalang sebuah kenderaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) selepas didapati mempunyai LKM tamat tempoh dan tiada insurans.
Tindakan itu dilakukan menerusi Ops Kenderaan Luxury di Plaza Tol Gombak menghala ke MRR2 pada Selasa lalu.
Menurut JPJ WPKL, pemeriksaan mendapati kenderaan terbabit melakukan dua kesalahan iaitu LKM tamat tempoh dan tiada insurans.
Susulan itu, kenderaan berkenaan disita dan dibawa ke JPJ WPKL untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Kereta dah mewah, cukai jalan pula tamat tempoh appeared first on Kosmo Online.





