JPJ sita lori bawa ‘parcel’ dipandu warga asing

17 Sep 2026 • 4:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: JPJ sita lori bawa ‘parcel’ dipandu warga asing

Image from: JPJ sita lori bawa ‘parcel’ dipandu warga asing

MELAKA – Sebuah lori milik syarikat yang membawa peket barangan untuk tujuan penghantaran disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas dikesan dikendalikan seorang warga asing di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Semabok, di sini, hari ini.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop berkata, lori berkenaan ditahan kira-kira pukul 11.40 pagi sebelum pemeriksaan lanjut mendapati ia dipandu lelaki warga India berusia 40 tahun.

Katanya, hasil soal siasat pemandu terbabit mendakwa dia hanya menerima arahan daripada majikannya untuk mengendalikan lori terbabit bagi tujuan penghantaran barangan.

“Majikan tidak seharusnya mengambil mudah perkara ini dengan membenarkan warga asing mengendalikan kenderaan perdagangan kerana tindakan berkenaan bukan sahaja melanggar peraturan, malah mengundang risiko kepada keselamatan pengguna jalan raya.

“JPJ akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat atau pengendali berlesen yang didapati menggajikan warga asing untuk memandu kenderaan perdagangan, termasuk menyita dan melucutkan hak kenderaan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, semua syarikat dan pengendali berlesen dalam industri pengangkutan perlu memastikan setiap pekerja yang diambil mempunyai dokumen serta kelayakan sah sebelum diberikan tanggungjawab mengendalikan kenderaan perdagangan.

Tambahnya, individu bukan warganegara Malaysia tidak dibenarkan memandu kenderaan perdagangan di negara ini dan majikan memainkan peranan penting dalam memastikan perkara itu dipatuhi.

“Tindakan penguatkuasaan akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar syarat permit melibatkan Kenderaan Perdagangan Barangan (KPB), Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) dan bas persiaran.

“Kesalahan berkaitan turut boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 termasuk penyitaan serta pelucuthakan kenderaan syarikat perdagangan jika sabit kesalahan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

The post JPJ sita lori bawa ‘parcel’ dipandu warga asing appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved